Friendly Friends

March 23, 2012

assalamualaikum

hoyyeah! dah habis seminggu praktikum. ada lagi 3 minggu. aku bukannya tak suka, tapi aku nervous sajaa. hehe. 

aku dapat 4 kelas; 3 kelas darjah 4 dan 1 kelas darjah 5. dapat kelas-kelas cemerlang makanya pendekatan pengajaran pun kena lain sikitla. lagipun dalam satu kelas tu ada lebih kurang 40 orang murid. suara kena lantang tu jangan cerita la, tapi kena tambah lagi dengan muka garang sebab budak takkan heran dengan cikgu pelatih apatah lagi berketinggian seciput macam aku.

kena buat sesuatu ni!



1. takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Hatim, yang telah pergi menemui Pencipta. sungguh, Allahyarham seorang yang sangat baik. tapi ternyata Allah lebih menyayanginya. semoga ditempatkan dalam kalangan para solehin. amin.


2. tahniah diucapkan kepada warga SM Sultan Abdul Halim kerana 37 orang pelajar telah mendapat straight A's SPM 2011. SMSAH telah meletakkan status sebagai sekolah terbaik Kedah dan dalam ranking SBP, nombor 16. masa batch aku dulu nombor berapa puluh tah. haha

No comments: