Friendly Friends

March 19, 2012

Angkara Berpaling Tadah

assalamualaikum

sebelum ni aku memang pengguna tetap produk Syahirah. tapi kenapa gatai tangan pi tukar produk pun aku taktau. padahal guna Syahirah ni dah kira cukup ekonomi dah. pencuci muka botol besar saja bru dalam RM10. tahan dekat sebulan lebih sebab picit sikit-sikit. lepas tu aku pakai gel pengelupasan Syahirah. pastu krim kecantikan Syahirah. kira aku macam jadi duta Syahirah kejap la dalam kelas aku. muka aku sebelum ni berjerawat. sangat sensitif. sejak mula guna Syahirah, Alhamdulillah aku sangat berpuas hati. dekat 3 tahun jugakla aku pakai Syahirah.

bermula dengan kegatalan pertama, aku pakai sabun beras. mulanya jadi flawless kejap. masa cuci muka rasa macam tengah usap bulu kucing. dulu rasa macam usap kertas pasir. tapi sekali esaimen berlambak, jerawat penuh kat dahi, sabun ni tak membantu. aku terus tukar produk. kenapa la aku tak pakai Syahirah balik? aduhh. masalahnya aku lagi sayang duit dari sayang muka sebab aku rasa nak habiskan produk sedia ada. sekarang kulit aku jadi sangat merah dan kat tepi bibir jadi sangat kering dan mengelupas walau aku minum banyak air.

bedak pun aku tukar. ekonomi la konon. Syahirah dalam RM20, aku rasa macam mahal. aku beli Silkygirl yang campur BB cream, RM14. padahal bila pakai Syahirah, aku tak rasa muka aku macam patung yang pakai bedak tebal-tebal. ni sejak pakai Silkygirl ni, aku rasa macam muka aku 3 inci. sangat tidak suka. muka rasa berat walaupun aku pakai bedak saja. dan disebabkan tu, aku lebih selesa tak pakai bedak, kecuali masa pi sekolah. takkanla nak tunjuk muka berminyak kat murid ye dak?

Syahirah, mind to save me back? ke ada lagi produk yang berkesan tapi murah? ingat nak pakai Tia Amelia, tapi harga dia boleh sara aku makan sebulan. hehe

No comments: