Friendly Friends

February 14, 2012

Vanila Coklat tak Best

assalamualaikum

best ke? asal malam selasa je, penuh wall facebook aku dengan status-status pasal cerita ni. aku ada tengok sekali je. ntah. kurang berminat. cerita yang klise. muda-muda ada pilihan sendiri, kena kahwin paksa dengan mak ayah. mula-mula tak suka, pastu sorang suka dulu, sorang makan hati. last-last, happy ever after. ending yang jugak klise.

jangan marah ye peminat Vanila Coklat! pendapat aku je.  bagi aku, golongan yang paling suka cerita ni semestinya remaja perempuan. yang lelaki tu aku tak tau la pulak. korang minat ke? haha

apa-apapun, walau sekali tengok, aku puji lakonan Aiman tu yang tak nampak kaku walaupun masih awal dalam bidang seni. good. takla nanti orang cakap, harapkan rupa je hensem tapi bakat tak ada.

kalau aku tak minat Vanila Coklat, apa aku minat?

aku bukannya tak tengok tv la. aku suka rancangan macam Majalah 3, rancangan masakan, dan jugak drama yang aku minat Dingin Lavenda. best. sampai sekarang aku tak boleh teka ending dia. adakah Jannah akan tetap dengan Azhar atau dengan Sir Matthew? hehe. aku lagi suka Azhar sebab muka dia kemelayuan. nampak macam lelaki berkarisma. tapi kalau mudah berubah hati pun tak guna jugak ye dak?

1 comment:

♥ Cik Zack's ♥ said...

suka jugak cite tu :) mmg brdebar nk tggu ending. vanilla coklat bru start tgk mggu lps je. hahaha