Friendly Friends

February 15, 2012

Ternyata Produk Pemutihan ini Berkesan!

assalamualaikum

selama ni aku guna produk Syahirah. alhamdulillah serasi dengan diri. tapi kenapa ya, makin banyak duit, makin kedekut nak beli sesuatu? padahal Syahirah ni tak mahal pun. sangat mampu dimiliki. tapi aku nak cari yang murah lagi!

2 minggu lepas, aku ikut kakak aku ke nat (bahasa utara. bahasa bakunya ialah pasar pagi). saja pegi kat bahagian kosmetik tiruan. kakak aku nak beli nutrien rambut. pastu makcik yang berniaga ni promot la kat aku satu sabun dan krim malam ni. sabun beras dan krim keluaran Thailand. harga dia murah sangat. seketul sabun RM2, krim tu RM5. mula-mula aku takut la jugak kan. yela. zaman sekolah dulu jerawat tak pernah berehat. takmau la berulang lagi. lagipun nanti nak mula mengajar. takut tak confident pulak. dalam aku berkira-kira nak beli ke tak tu kan, datangla sorang lagi makcik...

"Bagi saya sabun beras dengan krim tu 1 set. anak saya kirim. dia cakap, berkesan."

aku apalagi, terus pegang siap-siap 1 set lagi sebab aku tengok, krim tu tinggal lagi 2 je. rm7, tak rugi kot mencuba.

balik rumah, sabun tu aku kerat 8. aku bagi mak sikit. kakak aku takmau. dia nak terus guna Syahirah. pertama kali guna, mak oiii pedih amat! tapi muka rasa gebu lepas cuci, tak rasa pedih dah. lepas 2 hari guna, kulit aku serasi la dengan sabun ni.


kawan-kawan aku gelak bila aku cakap, sabun ni untuk putihkan kulit. depa kata aku gila, nak putih lagi. tapi aku tak rasa aku putih pun. lagipun, aku rasa dia melawan jerawat. last-last, orang gelakkan aku tu beli jugak. siap warning aku, walau tak berkesan, siapla aku! haha

macam mana? tak semestinya produk mahal tu berkesan tu kita dan tak semestinya juga benda murah tu tak berkualiti. setakat ni, aku taklah obses lagi nak tempek segala krim atau bedak atau apa-apa untuk mencantikkan wajah atau mekap. aku takut kulit wrinkle awal. chewah! sejak bila health and beauty conscious ni? tapi betul la. lagipun perempuan tak elok la bertempek sana sini.. cukup yang Allah ciptakan untuk kita. nanti kawen tak ada seri dah sebab selalu mekap! hehe

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

leh tahan..murah pon murah..

chinta qiela said...

kak qirah (: qila pun guna sabun ni . hehe :p