Friendly Friends

February 7, 2012

Shapeless Face

assalamualaikum

pusing belakang, roommate tengah buat tutorial Kimia. jenguk keluar tingkap, ada junior batch mana ntah tengah berpusing-pusing berhayun-hayun. berlatih menari agaknya. takpun tugasan PJ. agak terganggu dengan bunyi bising tu tapi cepat-cepat faham yang blok ni bukan aku punya. hehe

pusing depan balik, nampak laptop semata-mata. tak ada nota kuliah apatah lagi tutorial. Kimia. aku gelak besar. Kimia oh Kimia. nasib baik lecture esok sejam je. tapi lepas tu Fizik dua jam. pengsan.

banyak kerja sebenarnya. tapi entahla.

oh ya. kemarin keluar jalan-jalan dengan schoolmate, As dan Wani. ni gambar yang sempat aku ambik dari fesbuk Wani.




aku rasa orang sekeliling aku dah bosan dengar aku merungut pasal badan aku makin berisi. tapi betul la.. aku rasa muka aku macam tak ada bentuk dah. As cakap, dia rasa aku okey je. tak la berisi sangat pun. ntahla. pening jugak sebenarnya.

*betul ke muka aku tak ada bentuk?

1 comment:

Tasha said...

ade je,biasa je sy tgk...heee