Friendly Friends

February 15, 2012

Senam Seni Malaysia

assalamualaikum

hari ni hari yang sangat mencabar. dan telah mengubah hampir 50 peratus pendirian aku tentang alam dewasa.sebelum ni aku ingat, bila kita malu, kita akan malu seumur hidup. maklumlah aku orang yang jenis payah nak lupa sikit. tapi hari ni aku berjaya mengatasi fobia aku tu. aku duduk di barisan hadapan dan antara orang yang conduct senam seni malaysia!

pernah dengar tentang senam seni? sambil bersenam, kita menari. macam tagline dia cakap, 'Sihat ala Malaysia'. macam-macam jenis tarian yang ada. ada zapin, ada inang, ada sewang, ada sumazau, ada tarian India, ada tarian Cina, ada pergerakan silat dan lain-lain. kali pertama aku bersenam seni, masa aku ke SBP English in Camp. tingkatan 4. tapi sampai sekarang aku belum mahir.

hari ni turn girl kelas aku conduct senam seni dan akan diikut oleh beberapa kelas lain. sikit tak sikit, aku rasa dalam 80 orang mau ada! pakat bertolak, sikit punya tolak sampai buat 1 barisan memanjang  padahal laptop kecik je kat depan tu. dan aku antara insan yang tak mampu lari dari duduk depan dan tengah sebab tak ada tempat nak lari. gasaklah. aku buat mana aku terdaya.

dan sebagai mana yang aku jangka, penganjuran senam seni kami sangat kucar kacir! haha. aku pusing kiri dulu (guna alasan kidal), orang lain semua pusing kanan. pastu pakat jerit-jerit tanya mana arh yang betul. aku dengan confident menjerit,' Ikut dominan masing-masing ya! takpa takpa. yang penting kita enjoy!' habis lingkup aktiviti hari ni. aku mengalami rasa malu yang amat sangat. sumpah!

tapi habis je senam seni tu, aku gelak kuat-kuat dengan kawan-kawan kelas aku. nasib pensyarah tak marah sebab aku dan kawan-kawan dah menghancurkan aktiviti pagi ni. sebenarnya, kami bersenam seni sekali seminggu. seronok sebenarnya kalau kita tahu pergerakan dia. kalau tak berapa tau, jadi macam aku. tapi nak buat macam mana, tak ada seorang yang mengaku tahu walaupun tahu. jadi aku terpaksa la ke depan. lingkup lingkup..


jom la try senam seni. macam aerobik la jugak. best!

No comments: