Friendly Friends

February 17, 2012

Sedingin Lavenda di Australia

assalamualaikum

dengan susah payah, (bahagian 'anak anjing' kat kaki ni sakit lepas latihan 100 meter kemarin), aku pergi bilik tv untuk menonton drama Dingin Lavenda. macam aku cakap, aku lagi suka cerita ni dari Vanila Coklat yang kebudakan tu. episod malam ni buat aku rasa meluat dekat Matthew. sebab aku tak suka watak dia. ce bagi watak dia kat lelaki lain, mungkin aku akan suka Jannah kahwin dengan Matthew. ni katanya lelaki Australia, tapi muka macam lelaki India je. tak sesuai!

hehe. Amir pernah tegur aku, selalu terbawa-bawa sangat dengan cerita yang aku tengok. tapi aku memang suka la dengan cerita ni. mungkin sebab dia macam Islamik kot. walaupun aku tak pernah baca novel dia, tapi memadai sekadar menonton drama, aku bagi 5 bintang kat cerita ni.

kesian tengok ayah Murni.. aku paling tak tahan tengok seorang ayah yang hidup dalam kesusahan, berharap anak dia akan berjaya untuk tebus balik maruah keluarga, tapi anak tu menghancurkan harapan dia. hampir-hampir aku nangis tadi tengok betapa kalutnya ayah Murni pergi rumah Jannah nak tanya adakah anak dia pun balik sama. dengan pakaian dia, dengan watak dia, memang sangat tacing. tapi aku malu la nak nangis. ada junior dalam bilik tv tu sama tadi. agaknya kalau aku sorang, memang tak tertahan dah.

Matthew tu kelakar la. plus, aku kurang gemar tengok lelaki muka macam budak. macam teddy bear. jahatnya aku. tapi biasala kan, taste masing-masing la kan. pastu kan, apa saja ayat romantis dia untuk Jannah buat aku rasa nak tergelak. bukan aku saja, adik-adik junior tadi pun tergelak. depa cakap, 'meluat.'

"Boleh Jannah masuk dalam kejap, bang?"
"Boleh... tapi jangan lama-lama tau. nanti abang rindu.."

huahahahahahaha.

aku kesian jugak kat Azhar tu. tapi sapa suruh putus tunang? ha, kan dah gila talak. lelaki ni memang. waktu dapat tak mau hargai. waktu dah tak ada, baru la terhegeh-hegeh nak cari. amboi cik Qirah, emonya! haha. tapi betulla. kesian jugak la kat dia. patutnya dia bersyukur sebab dapat Jannah. dahla lemah lembut, bijak... dan aku rasa Jannah tak pernah persoalkan langsung tentang perbezaan taraf pendidikan depa.

hehe. aku rasa, kemungkinan besar lepas ni aku akan minat bunga lavender. daisy and roses, goodbye!

No comments: