Friendly Friends

February 18, 2012

Premium Beautiful

assalamualaikum

tadi kat facebook, ada sorang peniaga online ni tawarkan aku jadi ejen untuk korset ni. kalau ahli biasa, aku hanya dapat komisen 3 persen. tapi kalau aku keluarkan modal, satu jumlah yang besar amat untuk aku, aku akan dapat habuan lebih la. aku percaya dengan perniagaan ni cuma aku tak yakin untuk keluarkan modal yang amat besar. amat besar sampai kena buat loan dari bank. pada usia 22 tahun, adakah aku bersedia menggalas hutang dengan bank?

banyak benda kena fikir. kadang-kadang aku rasa nak tambah duit, kadang-kadang aku rasa, daripada aku buat loan untuk tu, baik aku buat loan untuk beli kereta. alanga-alang aku pun dah nak habis belajar. rasanya aku mampu untuk bayar ansuran kereta tu. aku ada dua tahun lagi untuk tamatkan pengajian dan Alhamdulillah, elaun sebagai bakal guru Sains agak lumayan. entah entah entah

nak legakan keserabutan, aku telefon abah. abah cakap, kakak aku berebut tv dengan abah lagi. haha. tergelak kejap. kakak aku yang sorang tu memang garang dan bersifat kuku besi sikit. kesian abah tak boleh tengok bola. insyaALLAH kalau ada rezeki lebih, cadangnya nak beli tv kecik-kecik sudahla sebijik lagi. letak kat dapur. mak abah memang suka lepak kat ruang rehat sebelah dapur. kadang-kadang abah teman mak yang selalu dapat order tepung talam sampai 5,6 talam. lewat pagi jugakla baru habis buat. kena ada tv untuk teman abah sama. oh romantik btul mak abah aku

oh. amir telefon petang tadi. dia akan masuk hutan lama sikit lepas ni. lepas tu, 7 April dia habis latihan. kami dok berkira-kira jugakla nak pegi mana dalam tempoh dia bercuti kejap tu. cadangnya nak photoshoot. pre wedding ke? haha. pre engagement boleh la.

oh ya pasal premium beautiful tu. ada sesiapa boleh beri pendapat tak? aku ni jenis suka berniaga so memang mudah sangat la terpengaruh dengan ajakan orang untuk berbisnes. uya, aku tau hang akan baca. nur yana pun. subaili jugak. ahh. meh nak bagitau exact amount. RM20 000. puas hati? haha.


oh ya. this is my premium beatiful mak and premium handsome abah. yang buak kecik tu anak kepada sepupu aku. yang berkahwin tu abang aku

4 comments:

Miss S.F.S said...

babe, i have premium beautiful satu set! mama bagi! hehe

but dear, for my opinion, better you buat loan for kereta sbb dah nak keje nti senang nak begerak. ( but i agree meniaga ni very tempting ;D)

Qirah Isa said...

yes. meniaga ni very tempting. i'm really interested to invest in this bussiness. only 1 thing halt me, the capital.

Miss S.F.S said...

try discuss dgn famili about the capital?

Qirah Isa said...

haha. still, i think that it is such a burden to ask for rm20 000. very big amount of money