Friendly Friends

February 20, 2012

Perlu ke Pre Wedding Photoshoot?

assalamualaikum

hai hai hai semua! aku baru menghabiskan amali olahraga hari ni. jiwa raga aku sangat tertekan sebab aku rasa aku tak perform kat starting block untuk 100 meter tu. frust ah frust. takpa cikgu. nanti perform masa hari sukan okay!

membelek-belek facebook, terlihat oleh aku akan album-album pre wedding. pendapat aku? oh. bergambar tu benda biasa. tapi aku kurang gemar dan terasa macam mulut aku otomatik mengeluh bila tengok bakal-bakal pengantin ni bergambar serupa dah kawin. dah pegang-pegang tangan, dah ada gambar betulkan kolar baju, ada gambar main rambut... ala, tak best la gini. tak elok la.. kan belum kawin lagi... lebih manis dan comel rasanya kalau bergambar duduk jauh-jauh, berdiri dengan dipisahkan sebatang pokok, nampak malu-malu... barulah pre wedding namanya. nanti dah nikah, kau nak buat apa pun orang tak kisah. tapi sebelum kawin ni, jomlah kita jaga adab dan batas...

ingat ye. bertunang tak menghalalkan sesuatu perhubungan intim antara lelaki dan perempuan. jangan la lagi leas ni pre wedding tapi gambar macam dah wedding... lepastu post pulak kat facebook. tayang kat dunia. malu la..

serius aku rasa benda ni menarik tapi masyarakat kita dah melampaui batas sepatutnya. macam aku cakap tadi, bergambar tak salah. tapi tonjolkanlah kebahagiaan tu dengan cara yang sewajarnya, bukannya berpimpin tangan singsing seluar masuk parit sama-sama.  ok aku tau mesti ada yang marah dengan teguran ni. tapi aku terpanggil untuk tegur.. macam aku cakap tadi la. kalau duduk renggang-renggang, nampak malu-malu lagi nampak sweet. nanti bila dah ada anak, tunjuk album kat anak, anak tanya, sebenarnya ibu dengan abah ni kawin bila? kenapa dalam gambar ni macam dah kawin?

apa kita nak jawab sedangkan kita beria nasihat dia suruh jaga diri?

5 comments:

uyaitusaya said...

tsangat la bet0l qirah.. :)

Tasha said...

huhu,ok je nak bgambar tp jgn pgang2.hehe

Miss S.F.S said...

paragraph last the best ;p

Anep Radzi said...

btol2..aku stuju...

nur khalilah hassan said...

setuju dgn qirah..truskan menegur prkara baik...:)