Friendly Friends

February 11, 2012

Merah merah merah

assalamualaikum

muka aku memang cepat merah. asal sejuk, dia merah. asal panas, dia merah. makan makanan pedas, dia merah. malu, dia merah. marah, dia merah. mengantuk, dia merah. kuku aku pun cepat react dengan suhu sejuk. tak sampai seminit dalam air-cond, kuku aku akan jadi warna pink terang. mulut aku pun. kalau orang lain, mulut akan merekah bila kering kan? aku tak. aku akan jadi merah. itu alasan kukuh kenapa pink, merah dan sewaktu dengannya sentiasa menjadi warna kegemaran aku. my color.

ada antara korang alami apa yang aku alami?

dulu, asal orang tegur pipi aku merah je, aku cepat-cepat gosok untuk hilangkan merah tu. tapi, makin digosok makin merah. hmm. macam tadi aku pegi tesco. baru je melangkah setapak dua masuk tesco, kawan aku tegur pipi aku dah merah. aku dah cuba banyak produk untuk hilangkan merah pipi aku.. nak kata sebab parut jerawat pun tak sebab kawasan lain yang berjerawat di muka tak merah pun. macam mana nak buat ya?

aku rasa macam budak-budak bila sikit-sikit pipi merah. sikit-sikit muka pink.. aku tak suka rasa diri aku macam budak-budak. oh ya. petang tadi juga aku beli kasut sukan baru. sebelum ni aku ada sepasang tapi dah dua tahun aku pakai dan selama tu jugak aku rasa tak selesa. kasut tu besar. saiz 5. tapi aku beli sebab warna yang tinggal hanya biru, saiz 4 (saiz aku) dan pink, saiz 5. disebabkan aku sangat anti warna biru, aku sanggup ambil kasut besar. warna pink. macam aku cakap; my color.

pastu adik aku nak kasut sukan. dia kaki gajah sikit. aku bagi la kasut tu. aku beli baru. ukur punya ukur, aku pakai saiz 3! malunya nak mengaku... tapi jenama dewasa la. bukan Kiki Lala okay. saiz 4 longgar di kaki aku walau aku cuba dengan stokin. aduhh.

sekarang, aku cuba sedaya upaya untuk tampil dewasa. dan sekarang juga, aku nak mintak pandangan, tips untuk kelihatan dewasa selain dari mekap tebal. oh, aku sangat tak suka mekap dan aku tak penah tau pasal mekap. recently, kawan-kawan aku asyik cakap pasal nak pilih sunblock yang sesuai. aku tak tau. dunia aku hanya pencuci muka dan baru belajar pakai krim malam (konon sebab bunyi macam dah dewasa). dan muka hanya dilapik bedak kompak. done.

hmm. aku bukan tak bersyukur dengan pemberian Allah. betulla. muka merah tak menganggu pun aktiviti harian aku. tapi agaknya, apa aku boleh buat ye kalau aku takmau muka cepat merah? ngada kan? hehe

tips please!


No comments: