Friendly Friends

February 28, 2012

Mengandung.

assalamuaikum

obviously not me. jelas sekali bukan aku. bukan aku. bukan. tapi kakak ipar aku. haha. kenapa aku gelak bila dengar orang mengandung? sebab aku malu. serius.. aku tak tipu la. aku malu bila dengar ada orang mengandung. sebab aku kan cikgu sains... haha. shut up Qirah!

aku akan jadi mak lang dalam bulan Oktober ni, InsyaAllah. mak lang sounds so good. pertama kali nak dapat anak sedara buat aku teruja sikit. yela. selama ni berkongsi anak sedara dengan Amir. tiapkali kakak-kakak dia dapat baby, aku la antara insan paling seronok. kesian aku kan? yelah. adik-adik aku dah besar dah. dulu, mana aku merasa beli baju baby kat adik-adik aku. bila dah besar ni baru la boleh membeli sebab dah pegang duit sendiri. ha, lepas ni bolehla melabur untuk anak sedara aku. pak lang Amir, you are no longer pak su sorang-sorang okay. dalam family saya, kamu jadi pak lang.

kakak ipar aku tak mengidam. dia cuma selalu muntah. aku kesian kat dia. kesian lagi sebab ada adik ipar yang tak mampu membantu tapi hanya mampu memberi pandangan kesian tiapkali dia lepas muntah. dan tiapkali dia bercerita yang dia tak lalu makan, ni respon kami:

mak: ye ka.. takpalah Shida. nanti  nak makan apa, habaq kat mak.
kakak aku: kak Shida rehat tau. jangan buat kerja. suruh Qirah buat. kita rehat. 
aku: kesiannya....


aku hanya mampu ucapkan satu perkataan; kesian.

macamtu jugak bila dia muntah.

mak: Shida nanti makan serbuk kopi tu bagi hilang mual.
kakak aku: kak Shida okay tak? suruh Qirah bancuh air limau.
aku: kesiannya...

juga satu perkataan; kesiannya...

bila kakak ipar aku makan tak habis:

mak: tak lalu kueteow goreng ka? meh ambik tomyam mak.
kakak aku: kak Shida tak habis ke? jangan bagi Qirah.
aku: kesiannya...

dalam entri ni, ternyata kakak aku macam gorila yang selalu pekena aku dan aku gadis naif yang hanya mampu bersabar dan ucapkan kesian. aku tak reti la nak bagi nasihat macam-macam.. aku tak belajar pasal kehamilan ni semua. tak belajar. *geleng kepala*

err. aku harap baik kakak aku, abang aku atau kakak ipar aku tak jumpa blog ni. eeii takutnya. haha. sapa-sapa yang reveal link blog aku, siapla! aku tarik telinga nanti.



nak anak sedara cute macam ni. macam ni jugak-jugak!

No comments: