Friendly Friends

February 16, 2012

Kenapa Tak Perlu Cemburu dengan Siswa Siswi IPG

Assalamualaikum

raa terpanggil untuk menyuarakan pendapat. dan membela nasib bakal guru dari IPG. well, to be honest, pada mulanya, aku masuk ke IPG atas permintaan mak. abah tak kisah sangat sebab aku jugak dapat matrikulasi dan universiti lepas SPM tu. mak yang sungguh-sungguh mintak aku jadi cikgu. dalam terpaksa aku menurut. tapi sekarang aku dah jatuh cinta dengan profesion ni dan insyaALLAH sudah bersedia mendidik anak bangsa.

aku tau, ramai yang mempertikaikan kenapa siswa siswi dari IPG dapat elaun. kalau belajar kat universiti kena apply PTPTN kan? hanya segelintir je dapat biasiswa. sebab tu dipertikaikan kenapa budak IPG dapat elaun bulanan yang agal tebal dari kerajaan.

untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya sudah mengikat kontrak dengan kerajaan. maknanya kami separa perkhidmatan. sepatutnya namanya gaji tapi disebabkan separa perkhidmatan, kami dapat elaun. tempoh kami belajar adalah agak lama, iaitu 5 tahun setengah, 4 tahun untuk ijazah dan setahun setengah untuk kursus persediaan. elaun yang kami dapat masa kursus persediaan ialah sebanyak RM430 sebulan. bila masuk ijazah, kami dapat kira-kira RM4500 pada tiap-tiap semester pertama dan kira-kira RM3500 pada tiap-tiap semester kedua. Alhamdulillah. yang kami dapat tu nilai bersih sebab kami tak perlu bayar yuran pengajian.

aku rasa setimpal la dengan apa yang kami lakukan di sini. macam tadi, aku dan kawan-kawan semester 5 lain baru lepas habis latihan olahraga. ada yang bertindak sebagai jurulatih, ada yang bertindak sebagai atlet. semua ni adalah latihan untuk kami aplikasikan kat sekolah nanti. tiap-tiap semester kami berlatih untuk aktiviti pengelolaan di sekolah. semester lepas, diwajibkan masuk badan beruniform. aku masuk Pandu Puteri. sebelum tu ada kelab permainan, aku masuk bola jaring dan bola baling. kami dilatih untuk menjadi guru. itu perbezaan bakal guru dari IPG dengan pelajar yang mengambil bidang pendidikan di universiti.

kalau tengok ijazah pun dah tahu profesion kami. kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian, budak universiti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian. tapi aku takmau banding tentang kualiti. sebab hakikatnya, guru tetap seorang guru walaupun dia mengajar sepatah perkataan. apatah lagi kita yang sememangnya akan bergelar guru.

ni semua rezeki masing-masing. apabila kerajaan memberi baucer buku kepada penuntut pengajian tinggi, ini buktinya korang dah dapat keistimewaan yang kami dapat selama ni. kami memang dapat elaun buku RM200 setiap tahun. dan adil la kan sekarang. ada pihak yang merungut,' Kenapa kami tak dapat elaun macam budak IPG'. kalau macamtu, adakah anda sudah bersedia untuk bergelar guru?

tugas guru dalam zaman sekarang bukannya mudah. kita sendiri tahu perangai budak-budak sekarang. makin ditunjuk ajar, makin kurang ajar. ya, hanya segelintir tapi yang segelintir inilah yang menjadi satu cabaran besar buat kami para pendidik. tugas guru membentuk peribadi manusia, bukan sekadar mengajar ilmu pengetahuan semata-mata. segala gerak geri kita diperhatikan masyarakat. macam kami, ada kalanya kami tak dibenarkan memakai jeans untuk keluar. kalau korang, sanggup tak? hehe. pakai seluar slack setiap masa. itu harga yang perlu dibayar untuk bergelar guru. pakaian, adab, percakapan, semua kena jaga.

oh tak. aku tak merungut. aku bangga dapat bergelar pendidik. sebab tugas itu mulia. dan janganlah lagi ada mulut-mulut yang cakap, nak cari bini kerja cikgu sebab kerja tetap masa, boleh jaga anak di rumah. hakikatnya, kerja cikgu memang berat. macam yang tertulis kat bawah ni:

kalau murid sakit, cikgu jadi doktor,
kalau ada pertandingan kat luar sekolah, cikgu jadi drebar,
kalau ada pertandingan bola, cikgu jadi jurulatih,
kalau pertandingan pidato, cikgu jadi hakim,
kalau murid bergaduh, cikgu jadi polis,
kalau nak bina pondok rehat, cikgu jadi kontraktor,
kalau nak lukis mural, cikgu jadi pelukis,
kalau ada jamuan, cikgu jadi chef,
kalau gotong royong, cikgu jadi tukang kebun,
kalau nak bayar yuran, cikgu jadi akauntan,
kalau makanan tak sedap, cikgu jadi pegawai kesihatan,
kalau semayang jemaah, cikgu jadi imam,
kalau murid tiada duit nak makan, cikgu atmnya,
kalau rambut murid panjang, cikgu jadi tukang guntingnya,
kalau nak belajar, cikgu jadi gurunya,
kalau nak hias kelas, cikgu jadi pereka hiasannya,
kalau murid tiada beribu bapa, cikgulah penggantinya!

banyak lagi tugas cikgu. maka, janganlah cemburu dengan kami. kami hanya insan yang menghadiri temuduga, ditapis berkali-berkali barulah ditempatkan di IPG. insyaALLAH, setiap pekerjaan adalah mulia selagi kita memperoleh wang halal dan anggap pekerjaan itu adalah satu ibadah. chill okay?

Yang Ikhlas,
Cikgu Shaqirah


cikgu Shaqirah sangat suka warna merah jambu!


aku ada dua name tag cikgu. satu mak sponsor, satu kakak aku sponsor. betapa tinggi harapan keluarga aku untuk melihat aku menjadi pendidik yang berwibawa.

8 comments:

mamawana said...

Mendidik itu satu tugas yg sangat murni. selamat bertugas Cik Guru Shaqirah Isa

Tasha said...

setiap benda ada pro & cons... :)

all the best!

AmALiNa aFIqAh said...

fitrah manusia.
tak lari dari iri hati, tak puas hati.

cer try bagi yang jeles2 tu msuk ipg buang seminggu. tengok apa depa rasa.
huhu

ZARMANI Abdullah said...

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru....

ZARMANI Abdullah said...

Selamat Hari Guru Buat Semua Insan Bergelar Cikgu.....

Muhammad Rashdan said...

Saya berminat sgat nk jadi ckgu.. Tahu tnggugjwab besar. Tapi minat ini mengatasi segala-galanya. Ni baru mohon IPG. Doakan saya dapat. Saya berminat sesangat2.

Anonymous said...

tumpang tnya ..nth bnda ada lagi ke x..bila lepasan diploma boleh ke jd ckgu hah..teringin gak nk jd cikgu..tp x tau nk mula mcm mana

Anonymous said...

Berkobar-kobar semangat saya lepas baca post ni. Saya pun mohon IPG dan keputusannya 6hb jun ini. Saya sangat berharap saya dapat walaupun tanggungjawab sbg guru mmg berat. Doakan saya