Friendly Friends

February 22, 2012

Kehadiran Punat di Pipi dan Tips Mengecutkannya

assalamualaikum

aku tak boleh lama di sini. punat makin menyala. tanda kerja makin bertimbun. dengan bangganya dia menonjolkan diri sebijik besar di pipi tanda peminjam wajah ini dari Allah sedang berhadapan dengan longgokan kerja yang menanti untuk disiapkan.

dia sangat obvious.

rasa macam nak tempek muka dengan salotip je sebelum keluar.

tapi aku ada tips untuk kecutkan punat ni. kita boleh letak ubat gigi dalam temph sejam dua. tapi kan, menurut pengalaman aku la kan, jenama Colgate je berkesan dan tak buat kulit merah dan meradang. kulit pun tau meradang heh. insyaALLAH lepas tu dia akan makin kecut. kalau tak suka ubat gigi, boleh ambil kertas minyak, pastikan sama dengan warna kulit dan tempek atas tempat punat jahat tu. kalau malas jugak, ambik permanent market warna hitam, warnakan bagi jadi taik lalat hidup. sure comel dan menarik perhatian.

tapi kalau korang jenis tak suka perhatian, aku rasa jalan yang paling mudah ialah ambil magic pen dan lukis kelopak bunga di keliling punat jahat tu. nampak penuh kegadisan dan santun. cubalah!

mengarut betul. jangan layan aku. babai! mak panggil balik

No comments: