Friendly Friends

February 16, 2012

Kegilaan Gadis Semasa


assalamualaikum

menurut pemerhatian aku, aku berpendapat bahawa barang-barang atau subjek yang akan akan senaraikan di bawah sedang menjadi kegilaan gadis semasa yang feminin. yang kurang feminin tu, bukannya tak suka. tapi mungkin takmau terlalu tunjuk, mungkin. elelelee, tapi dalam hati berharap ada yang puji kan?

hasil kajian aku ini diperoleh melalui pemerhatian terhadap responden aku iaitu kawan-kawan aku yang cikgu-to-be ni dan jugak beberapa orang kawan sekampung, sesekolah dan sepermainan.

1. Tudung bawal

Nama tudung bawal kembali melonjak naik dan mendapat tempat di hati gadis semasa. kalau aku, memang tudung bawal sentiasa mendapat tempat di hati. tudung bawal yang menjadi trend sekarang ni banyak jenis. ramai yang suka tudung bawal kosong yang tak ada sebarang aksesori (jenama femes yang kawan-kawan aku guna ialah jenama Kanggaro yang dibeli di Jitra Mall) dan jugak tudung bawal tone. harganya menyebabkan tudung bawal mampu dimiliki. dalam rm10-rm15 sahaja. sangat murah.

selain tu, tudung princess jugak menjadi kegilaan gadis semasa. aku ada dua helai. sahaja. teringin nak beli lagi tapi jenis ni mahal sikitla. oh. mahal banyak sebenarnya. range harga dalam rm35 dan ke atas. kurang mampu dimiliki remaja melainkan duit elaun atau PTPTN dah masuk.

bawal 2 tone.
picture kredit to Shawl4U.

2. Craft kain felt

aku pun suka! sangat chomel dan sangat berseni. antara benda yang boleh dihasilkan daripada kain felt ni ialah kerongsang dan handphone pouch. dok berkira-kira jugak nak beli starter pack tapi rasa sayang duit pulak. padahal hobi aku memang menggunting dan mengoyak. haha

kerongsang felt.
picture credit to syn-felt

tak apa. tunggu aku gunting buat nametag dan jahit kat tudung aku supaya saya takkan lupa pakai nametag bila masuk kelas ya!

3.Apam Polkadot

ke aku sorang je yang suka? sangat chomel dan kesimpulannya, gadis-gadis memang sukakan sesuatu yang chomel. aku pernah la mengedot apam ni, tapi aku dapat apam merekah. hancur hati. ada sapa-sapa nak bagi tips?