Friendly Friends

February 18, 2012

Bersengkang Mata

assalamualaikum

ini baru namanya student life. tidur tak berapa nak cukup dan alarm henpon sentiasa snooze (bukan off terus) sebagaimana biasa menunjukkan keazaman luar biasa untuk bangun buat report kimia. aku sebal sikit bab report kimia, tak macam report biologi sebab kimia ada pengiraan, so tak boleh nak copy paste dari internet. sebab tu dalam masa 2 hari ni, aku berhempas pulas bangun awal sebab ada 3 report yang perlu dihantar kepada pensyarah.

dulu zaman sekolah, aku macam ni jugak. jenis tidur awal, lepas tu bangun awal (selalunya dalam pukul  3 pagi) dan lepas tu sta sampai pergi kelas dan tidur semula. tidur semula dalam kelas. tabiat buruk masa sekolah menengah. siap masa BM sekali tu, cikgu suruh aku salin semula hampir 5 muka surat latihan tatabahasa dalam buku sebab tulisan yang maha cakar ayam sampai tak ada bentuk. penat tau? tapi padan muka.

waktu prep malam, aku tak tidur. sebab kena jaga kelas. tapi bila jadual aku tak bertugas, kadang-kadang aku tak pegi prep langsung dan tidur dalam dorm. yela kan, nak berjaga awal pagi nanti. tabiat aku ni tak berubah. aku prefer bangun awal dan tidur awal. tapi kadang-kadang terbabas jugak tak bangun-bangun.

oh ya. kejap lagi azan, solat, pastu nak keluar joging lepas tu makan roti canai lepas tu joging balik maktab. sihat tak gaya hidup aku? dah lama teringin nak makan roti canai. sedapnya kalau dapat pekena 2 bijik roti kawen (roti biasa 1, roti telur 1). disebabkan mahu keluar, baik aku sambung taip report balik. bye! assalamualaikum

1 comment:

uyaitusaya said...

jongging tu chanteq dah qirah..tp meal k0 mcm xbape kena..hehehe..roti canai kot...;)