Friendly Friends

February 29, 2012

Bersediakah Aku untuk Bernikah Khitbah?



assalamualaikum

topik yang tersangat lazim untuk disembangkan oleh remaja sekarang ialah tentang nikah khitbah atau dalam bahasa kita, nikah gantung. sana sini orang becakap pasal nikah khitbah. sana sini orang post dalam facebook pasal nikah khitbah. 

kalau soalan seperti tajuk di atas ditanyakan kepada aku, ikhlas, jawapan aku adalah aku masih tak bersedia untuk bergelar seorang isteri. gila kau. aku yang jenis hua ha ha ni, dok terlompat sana sini lagi nak jadi bini orang? memang la semua orang nak kawen, aku pun. tapi bukan pada umur 22 ni. sekurang-kurangnya 23 atau 24. 

masih banyak yang perlu aku baiki pasal diri aku. apa korang fikir kawen ni mudah? kenapa, dah puas berbakti kat mak abah? dah rasa kita selama ni dah jadi anak solehah untuk mak abah? pendapat orang masing-masing la kan. lagipun, jasa mak abah takkan mampu kita balas walau diberikan seumur hidup kita. tapi sekurang-kurangnya, aku nak mak abah merasa dulu hidup dengan aku masa aku kerja nanti. aku ada impian yang aku tanamkan khas untuk mak abah, khas untuk family aku. aku nak tunaikan impian tu dulu. aku tak mau terkejar-kejar nak kawen awal sedangkan aku belum sempurna menjadi seorang anak kepada mak abah aku.

definisi anak sempurna bagi aku mungkin berbeza dengan korang semua. sempurna bagi aku adalah bila masa aku tengok mak abah tersenyum bahagia bila aku berjaya. bila aku  dapat tunaikan impian mak abah walau mak abah hanya bercerita tentang keinginan depa. contohnya, bila mak cakap,' Seronok kan kalau dapat makan-makan, jalan-jalan tepi pantai...' petang tu jugak aku nak bawak mak. bila abah cakap,' Bila la abah dapat pi Danau Toba...' aku akn cuba tunaikan. abah mungkin tak ingat yang abah pernah bagitau aku yang abah teringin nak pegi Danau Toba. tapi aku ingat. dan aku masukkan impian abah sebagai impian top 10 dalam hidup aku. aku akan cuba sedaya upaya bawak abah ke sana. dan kalau ada rezeki, nak bawak seluruh keluarga. 

oh. kenapa sebak tiba-tiba ni?

ya. dan bercakap tentang si dia yang setia menanti sejak hampir 4 tahun lepas. sejak dia pegi training dah hampir 5 bulan, aku banyak berfikir. masa dia ada, masa tiap-tiap hari bersembang, bersms, kami macam orang lain. bincang pasal masa depan. tapi sejak aku dengar suara dia 3 minggu sekali ni, aku banyak berfikir. aku muhasabah diri. dia memang sangat baik dan sapa yang kenal dia pun takkan nafikan hal tu. dan lelaki baik ini dah pilih untuk tunggu aku. apa, aku takmau jadi baik jugak ke? aku nak jadi baik jugak. perkahwinan yang nak dibina bukan untuk sehari dua. tapi aku harap sampai syurga. banyak benda kena langsai dulu. dan banyak benda perlu dipelajari, perlu diamalkan. bukan sekadar nak kejar keseronokan hidup semata-mata.

kawen ni memang patut dipermudah. contohnya, jangan la letak harga hantaran macam nak jual kereta.. janganla buat kenduri grand sangat sampai berhutang sini sana... jangan la berhabis beribu raban semata-mata nak jadikan wedding tu wedding of the year.. tapi semua orang nakkan kenangan termanis sebagai permulaan berumah tangga. dan semua itu perlu masa. perlu duit. perlu ilmu. perlu agama. semua keperluan ni perlu disediakan oleh kedua-dua pihak. bukan sebab kau kawen dengan ustaz, kau tunggu masa dia nak tarbiyah ja. ce belajar sendiri dulu. dok fikir kawen, dosa sebelum kawen tu abah kita yang tanggung. dok fikir pasal nak bahagiakan suami tapi sebelum berkawen, dok pindahkan dosa kat abah kita. jangan. jangan buat macamtu.

aku bukan menentang nikah khitbah.  ia adalah pernikahan yang dibenarkan dalam syarak dan menjadi harus hukumnya bila dah rasa brsedia nak berumah tangga tapi masih ada kekangan seperti masih belajar dan kewangan tak mengizinkan. sapa yang nak nikah awal tu, aku sokong sangat. aku tumpang bahagia. tapi difikir balik, aku rasa, nikah aku takkan jadi khitbah sebab Amir dah kerja. insyaALLAH dia mampu sediakan keperluan semua tu. insyaALLAH. kita merancang Allah yang menentukan.

kenapa aku bercakap pasal nikah khitbah ni?


mak sedara aku post kat wall aku pasal nikah khitbah.

aku akan kawen. tapi bukan dalam masa terdekat. mungkin tahun depan atau depan lagi. tapi siapalah aku nak menidakkan takdir ye dak? kami merancang, Allah tentukan. Allahuaklam.


2 comments:

nur khalilah hassan said...

insyaAllah..klu kedua2 belah kluarga dh stuju, x de halangn utk teruskn nikah khitbah..dahulukn yg wajib, itu yg trbaik kn qirah..:)

Princess Feyqa said...

nice en3 ^_^
cari entri bout nikah khitbah then terjumpa ur blog..

Alhamdulillah my parents benarkan I nikah khitbah ^_^