Friendly Friends

February 14, 2012

Aku yang Tak Pernah Sedih

assalamualaikum

ada orang pernah tanya aku, kenapa apa yang aku tulis macam semuanya hepi ja? oh. kecuali bila aku cakap aku homesick atau teringat kat amir. tak pernah ke aku rasa marah? sebab selalunya kan kita akan update kat blog..

jawapan aku, blog tempat public. dan ada benda yang sewajarnya jadi rahsia aku sahaja. cukup aku saja yang tahu. dan jugak Rafeah Izzati. dan beberapa kerat yang lain. sebab aku ni orangnya mudah. lepas marah, lepas aku bercerita atau menangis kat orang terdekat, aku akan lega. mana ada manusia yang tak pernah marah kan. tapi aku takmau la tulis kat tempat awam macam facebook atau blog ni. sebab kalau aku tulis sekalipun, bukannya benda tu setel. baik aku tulis benda best-best yang jadi kat aku.

menjadi mangsa fitnah bukannya sekali. dan aku sedar aku masih menjadi mangsa fitnah seseorang dan disebarkan kepada yang lain. tapi apa aku kisah? tak luak pun hidup aku. asal aku tahu asal-usul dan aku kenal siapa aku, aku tahu apa aku lakukan dan apa yang difitnahkan, semua tu takkan mampu buat aku menangis semalam. aku memang menangis, tapi sampat habis aku menangis tula. lepas tu, life aku return back to normal.

No comments: