Friendly Friends

February 28, 2012

Aku rasa Aku Silap Pilih...

assalamualaikum

aku rasa aku dah salah memilih...
ternyata aku masih punya pilihan lain
yang aku rasa lagi serasi dengan aku
tapi aku tak menyesal

jangan salah faham
aku tak cakap pasal suatu hubungan
aku tengah cakap pasal kerjaya
haha
aku tengah menjegilkan mata aku yang tak berapa nak besar ni
tengah siapkan minit mesyuarat
ada 10 semuanya tunggu disiapkan dalam masa terdekat
kalau aku lambat, kerja lain akan jugak tertangguh


dulu,
masa sekolah aku memang spesies penulisan
sains? sori.
tapi sekarang tersangkut dalam bidang sains sedangkan aku rasa linguistik lebih serasi
tapi kira ok la kan
sains dan linguistik kan bidang yang berbeza
boleh aku imbangkan peranan kedua-dua otak aku ni

tengok keserabutan dan kesibukan aku jadi setiausaha,
aku rasa aku boleh la jadi setiausaha kalau bosan jadi cikgu
haha
belum jadi cikgu dah fikir pasal bosan
takkan bosan punya
itu kerjaya pilihan

hidup perlu banyak pengalaman,
walau kita tak ada bakat, kita tetap kena cari pengalaman
tapi dengan adanya bakat, kita akan lebih maju menuju ke depan

dan mata,
mata semakin terjegil
 
makan budak! aummm!

 

No comments: