Friendly Friends

January 26, 2012

Trip to Songkhla and Hatyai

Assalamualaikum

Aku sifatkan cuti kali ni sangat bermakna sebab dapat jejakkan kaki ke negara Gajah Putih. Walaupun negeri kelahiran aku, Perlis, hanya terletak bersempadan dengan Thailand, seumur hidup aku 22 tahun ni, ini adalah yang pertama bagi aku ke sana. Alhamdulillah.
Untung bagi yang lahir di Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan sebab tak perlu buat passport untuk ke sana. Cuma perlu buat border pass. Prosedurnya mudah. Sediakan 2 keping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, kad pengenalan asal dan jugak wang RM10. Aku berjaya selesaikan urusan membuat border pass ni dalam masa hanya 15 minit di Pejabat Imigresen Kuala Perlis dan Thailand, aku datang!!

Selama ni jugak, aku terfikir, besar sangat ke van Siam tu? Kali ni, persoalan aku terjawab. Sangat besar dan luas dan selesa. Kami sewa van tu termasuk pemandu pelancongnya sekali dengan bayaran kira-kira RM500 sehari suntuk. Untuk pengetahuan semua, RM1 kita adalah bersamaan kira-kira 1 baht duit Thailand. Tak pening sangat nak convert melainkan aku rasa sedikit gerun bila tengok papan tanda harga yang tulis 100 baht. Aku nampak macam RM100 padahal RM10 je pun.

Elaun tak masuk lagi. Aku bawak duit saku atas ehsan mak dan abang aku yang turut taja tambang aku dan kakak aku sebab tolong dia jadi wedding planner kenduri dia yang lepas.



Keterlaluan tak kalau aku cakap, aku nak muntah tengok atap van ni? Maksud aku, decoration dia. Memang semua ni hanya kusyen dan lampu untuk menampakkan kemewahan van ni tapi aku tetap rasa nak muntah. Aku rasa macam duduk dalam keranda cina. Keterlaluan tak aku cakap macam ni? Haha. Tapi tu la yang aku rasa. Aku tak boleh dongak langsung tengok atap van ni. Kalau tak, automatik perut aku membuak-buak.
Waktu di Thailand, lambat sejam dari waktu Malaysia. Kami masuk sempadan kira-kira jam 8.00 pagi waktu tempatan. Kabus kat sana tebal yang amat! Kami ke pekan Hatyai untuk tukar duit. Duit dia panjang-panjang daripada duit kertas kita dan sekali lagi aku nak muntah. Aku tak faham kenapa. Tebal sangat ke jati diri Melayu aku? Haha. Bila ke tempat orang, baru aku tau macam mana sebenarnya reaction aku terhadap persekitaran.



Lepas tu, kami singgah ke sebuah kedai Muslim untuk menikmati sarapan dan mungkin jugak makan tengah hari terus. Padahal baru pukul 10 pagi. Kalau kat tempat kita, somtam kaki ayam tu taklah pedas sangat. Siap jadi makanan kegemaran aku dan sesetengah yang lain. Tapi kat sini, somtam kaki ayam hanya mengandungi kaki ayam yang diracik halus dengan cabai Melaka saja. Pedasnya Allah saja yang tahu. Tak dapat digambarkan. Gulai dia pun pedas amat. Nasib baik aku ambil langkah keselamatan dengan pilih makanan yang aku rasa tak pedas. Aku ambil telur masin (uniknya, diperah dengan air limau nipis dan ditabur bawang besar), padprik telur rebus yang manis, ayam masak apa ntah yang warna agak pink, dan sayur campur. Kakak aku ambil ayam goreng, sayur campur dan padprik telur dan jumlah harga makanan kami ialah 110 baht bersamaan RM11.

Takla murah sangat kan? Aku tetap diamkan diri mintak kakak aku belanja. Yela. Budak pokai kenala jadi baik. Nanti orang tak mau belanja. Haha.



Errr… aku nak cerita jugakla. Kes nak muntah jugak kat kedai makan tu bila nampak tulisan Siam. Ishk ishk ishk. Teruk betul aku ni. Tak boleh dibawak berjalan. Bila aku rasa mual semacam je tengok tulisan tu, cepat-cepat aku tunduk, habiskan makanan sebelum perut dan tekak aku semakin memberontak.

Behave, Shaqirah!

Lepas makan, kami ke Zoo Songkhla. Pastu ke Ice Dome. Pastu ke Big C. Pastu ke Pasar Terapung. Layan gambar jelah ye











kesimpulannya, memang menyeronokkan tapi makanan, tulisan dan persekitarannya tak kena dengan diri aku. untuk datang kali kedua? hmm. sekadar mungkin yang tak sepenuh hati. bye!

1 comment:

Soul Lee Hin said...

wah, seronok nya makan angin. btw, SoL singgah sini :)