Friendly Friends

January 17, 2012

Kenapa Bulu Mata Gugur?


 
 

'Qirah, ada bulu mata gugur. kat sebelah pipi kanan.'

aku pun cepat-cepatla raba pipi sebelah kanan.
'Tak tak. atas sikit.'
aku raba lagi pipi. dah jumpa.

'Ada yang rindu agaknya?'

Aku tergelak besar. betul ke bulu mata jatuh tandanya ada yang sedang merindui kita?

pastu ada pulak tokok tambah cakap, kalau bulu mata jatuh kat sebelah mata kiri, maknanya tidak baik. sama ada kita sedang diumpat atau ada la yang tak suka kita! habislah aku macam ni.. kemarin 3 helai bulu mata kiri aku jatuh. aduuhh!

masa aku tadika pulak, aku dengar la, tips untuk lebatkan rambut ialah letakkan bulu mata kita yang jatuh tu atas rambut. sejauh mana kesahihannya tu, aku tak tau la jugak. err.. tapi sampai aku umur 22 pun aku tetap amalkan petua tu. naif kan? 

tapi secara saintifiknya, bulu mata kita memang akan gugur setiap hari. macam rambut jugak. jangan risau. dia akan tumbuh balik. tapi kalau kita menghidap penyakit kronik, bulu mata tak akan tumbuh semula. fakta.

jadi, macam mana cara nak menggalakkan pertumbuhan bulu mata serta mengurangkan kegugurannya?

1. Jangan gunakan eyeliner atau maskara terlalu tebal. berat tau tak? dahla berat, kalau mata sensitif tu, lagi la dia akan effect.

2. Amalkan pemakanan multi-vitamin setiap hari bagi merangsang pertumbuhan bulu mata yang sihat.

3. Gunakan pelembab dan boleh juga digunakan minak zaitun dan sapukan pada bulu mata sebelum tidur.

credit to drzubaidi.com

mak aku jugak pernah cakap, kalau nak lentikkan bulu mata secara semulajadi, amalkan menyapu lendir lidah buaya pada bulu mata. aku pernah try, tapi hangat-hangat tahi ayam je la. nampak ke kalau bulu mata kita lentik? tak faham.



jagalah mata anda serta aksesorinya iaitu bulu mata.




1 comment:

Shaznina Sofia said...

jgn x tau.. saya pon amal kn petua yg awk amalkan.. tp yg bulu mata jatuh belah kanan atau kiri 2 pon saya mmg ad dgr.. seronoknya klo jatuh belah kanan.. takut nya klo jatuh belah kiri.. :D