Friendly Friends

January 17, 2012

Jangan Lupakan Aku

Aku tertunduk. sedaya upaya menahan air mata dari gugur. beginikah pengakhirannya? dapatkah dia membaca gelora yang sedari tadi aku tahan? terkesankah dia akan air mataku yang berlinang?

'Jaga diri baik-baik. Semoga kau ketemu lelaki yang mampu membuatkan kau tersenyum.'

Aku angkat kepala. dia langsung tidak memandangku, malah membuang pandangannya ke arah keriuhan manusia.

'Kau teringin nak jadi doktor kan? Semoga berjaya. Semoga semangat Islam dalam diri kau kekal sampai bila-bila'

Kali ini, aku tak mampu lagi menahan air mata dari gugur. tapi cepat-cepat aku seka. aku tak mahu dilihatnya sebagai gadis yang lemah walaupun aku tahu, inilah pertemuan terakhir antara kami. biarlah semuanya berakhir dengan indah saja.

'Thanks. kau pun. aku doakan yang terbaik untuk segalanya.'

Dia kulihat sedikit tersenyum. tidak terkesan pula riak-riak duka di wajahnya. mungkin hanya aku yang terlebih rasa sedangkan dia tak punya rasa yang sama.

Aku bangun. sebelum melangkah, aku pusing menghadapnya.

'Jangan lupakan aku.'

Namun aku hanya mampu ucapkan dalam hati. dan tetap kemas tersimpan hingga kini.



*bersambung

No comments: