Friendly Friends

January 28, 2012

Design Tudung Sendiri

assalamualaikum

opps. bukan trend setter bukan juga fashionista. tapi hakikatnya aku memang suka tudung bawal. dari zaman bawal mula-mula muncul, harga dia mahal sangat. pastu masa aku kat PLKN, mula muncul bawal batu gajah. pastu berlaku peralihan jenis batu dia. pastu naik kerawang atas kepala. pastu manik atas kepala. pastu bawal pelangi. pastu sekarang aku tengok, ramai balik pakai bawal kosong. plain. tak ada rambu ramba bagai.


bawal batu lipan.
tudung sulam atas kepala


bawal batu air mata

dan segala bawal yang mampu dimiliki la. aku ada hampir 20 helai tudung bawal beraneka warna.

maka dengan itu, baikla aku reka fesyen bawal aku sendiri. mungkin akan dimulakan sebaik saja elaun masuk dalam akaun. hanya untuk kepuasan sendiri. lepas ni, kalau nampak aku macam kanak-kanak ribena tu, maafkan aku. haha. macam aku cakap sebelum-sebelum ni la. cikgu kena kreatif. mana tau, aku gunting kain felt ikut nama aku buat macam name tag, tampal terus atas tudung!

3 comments:

uyaitusaya said...

bawal dh susah nk cari la qirah.... *kecewa T.T*

~Ayra's Scarf House~ said...

Salam..

Feel free to browse blogshop AyraScarfHouse ya..

Ada koleksi bawal sulam crown, sulam kepala..;)

http://ayrascarfhouse.blogspot.com

Cik Tanpa Nama said...

yup...sy pun senang pakai tudung bawal...simple pun simple