Friendly Friends

January 2, 2012

Berbasikal. Nostalgia.

Assalamualaikum

Sekarang memang musim berbasikal. Tak kira apa status dan peringkat umur, semuanya suka berbasikal. Aku penah cakap, naik gerek (atau dalam bahasa bakunya berbasikal), tapi ramai sangat yang tak faham. Amir sendiri tak faham. Pelik. 

Fixie. Aku tak faham apa keistimewaannya. Bagi aku, selagi basikal itu boleh dikayuh, tidak pancit, boleh bawa aku ke mana aku nak pergi, tu dah cukup baik. Macam henpon la. Orang nak yang canggih-canggih, bagi aku, sekadar boleh sms, call dan dengar radio, tu kira henpon terbaik la. Tapi sekarang aku jugak berkira-kira nak tukar henpon sebab speaker dia rosak. Tunggulah kalau bajet lebih. Banyak benda lagi penting untuk dilakukan. Beli baju tunang misalnya. Haha. Gelak guling-guling.

Dulu masa sekolah rendah, abah hantar aku sampai darjah 3 ja. Kadang-kadang, aku tumpang kakak aku bonceng basikal dia. Macam aku pernah cerita sebelum ni, kakak aku sering buat aku alasan untuk berbuka puasa pada tengah hari. Kononnya aku berat dan dia penat. Hah. Fitnah. Aku dijadikan kambing hitam sedangkan berapa sangatla berat budak darjah dua. Alasan.

Naik darjah 4, aku kayuh basikal sendiri. Pastu mak belikan getah yang ada cangkuk tu untuk ikat beg kat pelantar basikal. Haha. Aku cukup suka benda alah tu sebab dia warna-warni. Tak sabar tunggu dia putus sebab nak tukar getah baru. Aku bersaing dengan kawan aku, Jannah, untuk ke sekolah. Paling aku tak boleh lupa, konon nak kata Miss Punctual la dari kecik, kawan aku mai lambat seminit pun aku tinggal. Pastu bila mai sekolah, dia nangis-nangis.

“ Awat hampa tinggai kami…? Kami lambat sikit ja..”

Sorry babe. Tak layan. Haha

Aku rasa, tu la sebabnya dulu badan aku kecik. Sebab sentiasa berbasikal. Konon menjalani hidup sihatla. Kadang-kadang tu, terutamanya darjah 6, rancang dengan kawan-kawan sekelas dalam 7,8 orang, kami berbasikal ke Kangar. Ikut belakang perpustakaan Kangar dan tinggal basikal kat situ. Pastu lepak lama-lama dalam perpustakaan. Balik tu, singgah kedai makan. Masing-masing turunkan seringgit sorang dan order nasi goreng kampung, share sepinggan 3 orang. Haha

Pastu lepas keputusan UPSR diumumkan, Alhamdulillah, kami  17 orang dapat 5A. Sekolah bagi RM50 sorang. Kira besar benar la nilai tu masa darjah 6. Kami berkonvoi ke Kangar. Masa tu bulan Ramadhan. Nak balik berbuka kat rumah tak sempat. Nasib baikla masing-masing sempat beli ayam goreng sorang seketul dan duduk ramai-ramai berbuka atas basikal, tepi sungai.

Kenangan zaman sekolah rendah.

Masuk sekolah menengah, tak sempat berbasikal. Cuma kadang-kadang tu curi-curi naik basikal anak warden. Masa tu kira heaven habisla sebab dah lama tak berbasikal. Rasa cute pun ada. Ciss. Haha

Lamaaaa, lepas aku dok naik moto je, aku mula berbasikal balik. Penat sangat. Sebab ada drumstick besar nak angkat masa mengayuh tu buat aku makin penat. Tapi aku gagahkan jugak la. Aku teroka balik tempat-tempat yang aku selalu pergi masa sekolah rendah dulu. Aku gelak balik bila ingatkan masa tu, kira aku ni superwoman la. Semua ceruk jalan aku tahu sebab aku pernah teroka dengan basikal. 

*tersenyum sorang-sorang masa siapkan entri ni*


No comments: