Friendly Friends

January 5, 2012

Bebelan

assalamualaikum

orang lain bercerita, aku pun nak bercerita. oh, sem ni padat sangat. tambah-tambah sebab ada praktikum kali pertama di sekolah. ye, saya akan ke sekolah sebagai seorang guru Sains yang so-called-typical-teacher, pakai heels hitam dengan name tag, galas handbag dan bimbit fail. lepastu kelek sekali buku rancangan pengajaran. tapi takmau la tipikal sangat kan. tengok la nanti kot-kot aku terasa nak galas beg sekolah tu ke. barulah dipanggil cikgu super!

oh. sem ni memang awesome! 6 subjek yang semuanya memenatkan. sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa cikgu sains dan matematik kena minor pendidikan jasmani.bagila subjek lain, muzik misalnya. macam tadi, penat ber-PJ tak hilang lagi, masuk kelas kena perah otak untuk jawab soalan Kimia. balik bilik kena prepare untuk Fizik. penat fizikal dan mental. sangat penat.

ada hikmahnya.

bukak facebook pulak, banyak yang aku tak kenal add aku. rupanya students Amir. okay. approved. budak-budak sekarang memang advanced. ustaz depa dah tak mengajar depa, tau apa hadiah depa bagi kat Amir tu? depa p google nama aku dan Amir sampaila terjumpa gambar kami dan print bagi kat Amir. tekekeh-kekeh ustaz tu gelak mengenangkan budak-budak yang dia panggil geng bahaya tu. 

memang bahaya.


1 comment:

sarah mohamad said...

Jadi lah cikgu yang garanggg. Baru lah student takuttt kekekekek *joking* :D