Friendly Friends

January 29, 2012

kahkahkahkah
shaqirah..
kau ni takde la tabah cekal sangat rupanya
luaran je nampak tough
hakikatnya sangat fragile
huh
nangis ke shaqirah?
apa la!
ni pertama kali kau nangis tahun ni tau tak!
rilek rilek sudah
tu kan lumrah
normal ah tu
bukan kau tak pernah alami.


akal,
tolong jangan gelakkan aku
aku pun tak sangka jadi macam ni
susah aku nak terima


biar saja aku jadi bunga Edelweiss
yang kecil tapi tetap teguh walau dilanda angin kuat
yang kekal lama dan takkan berubah hanya kerana persekitaran berubah


biar saja aku jadi Edelweiss


dan air mata jatuh tanpa diundang lagi


sabarlah hati

January 28, 2012

Design Tudung Sendiri

assalamualaikum

opps. bukan trend setter bukan juga fashionista. tapi hakikatnya aku memang suka tudung bawal. dari zaman bawal mula-mula muncul, harga dia mahal sangat. pastu masa aku kat PLKN, mula muncul bawal batu gajah. pastu berlaku peralihan jenis batu dia. pastu naik kerawang atas kepala. pastu manik atas kepala. pastu bawal pelangi. pastu sekarang aku tengok, ramai balik pakai bawal kosong. plain. tak ada rambu ramba bagai.


bawal batu lipan.
tudung sulam atas kepala


bawal batu air mata

dan segala bawal yang mampu dimiliki la. aku ada hampir 20 helai tudung bawal beraneka warna.

maka dengan itu, baikla aku reka fesyen bawal aku sendiri. mungkin akan dimulakan sebaik saja elaun masuk dalam akaun. hanya untuk kepuasan sendiri. lepas ni, kalau nampak aku macam kanak-kanak ribena tu, maafkan aku. haha. macam aku cakap sebelum-sebelum ni la. cikgu kena kreatif. mana tau, aku gunting kain felt ikut nama aku buat macam name tag, tampal terus atas tudung!

January 26, 2012

Debate.

assalamualaikum

alamak rungsingla.
rungsing. bukan langsing
bulan 3 ni ada pertandingan bahas...
hujung bulan pulak aku mula mengajar..
nanti latihan kerap, macam mana nak fokus..
sem ni ada Termokimia ngan Astronomi..
kurusla aku macam ni.... :(

Memori

assalamualaikum.

tadi lalu depan sekolah.
alamak, teringat kenangan lama.
ternampak blok kelas.
teringat masa tingkatan 4.
fuhh.

masa tingkatan 4, aku suka sangat kelas BI
tak suka sangat kelas Add Maths
teruja sangat kelas Physics
takut sangat kelas Arab

kadang-kadang,
aku tak suka bila teringat kenangan zaman sekolah
sebab ada benda yang tak mampu aku lupakan sedangkan tu bukan kenangan manis pun
hmm

Rindu.

assalamualaikum.

baru 7 jam jauh dari rumah tapi dah rasa homesick. rindu sangat-sangat kat mak abah. mak abah pun sure rindu aku sebab aku penah tanya mak, dalam banyak-banyak anak, sapa yang paling mak rasa rasa sunyi kalau dia tak ada?

mak aku jawab, aku la. sebabnya aku banyak cakap. okay mak. kak Qirah terima.

dan dan dan, aku rindu Amir. rindu sangat-sangat. macam tak percaya, kami dah bertahan lebih 4 bulan.awal bulan lepas, dia ada pinjam henpon kawan dia dan hantar mms kat aku. err. abang, abang dah hitam sangat. pastu botak. pastu makin kurus. hmm.



sebelum


selepas

abang, jaga diri. ayg ttp tunggu abang.
bye!

Trip to Songkhla and Hatyai

Assalamualaikum

Aku sifatkan cuti kali ni sangat bermakna sebab dapat jejakkan kaki ke negara Gajah Putih. Walaupun negeri kelahiran aku, Perlis, hanya terletak bersempadan dengan Thailand, seumur hidup aku 22 tahun ni, ini adalah yang pertama bagi aku ke sana. Alhamdulillah.
Untung bagi yang lahir di Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan sebab tak perlu buat passport untuk ke sana. Cuma perlu buat border pass. Prosedurnya mudah. Sediakan 2 keping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, kad pengenalan asal dan jugak wang RM10. Aku berjaya selesaikan urusan membuat border pass ni dalam masa hanya 15 minit di Pejabat Imigresen Kuala Perlis dan Thailand, aku datang!!

Selama ni jugak, aku terfikir, besar sangat ke van Siam tu? Kali ni, persoalan aku terjawab. Sangat besar dan luas dan selesa. Kami sewa van tu termasuk pemandu pelancongnya sekali dengan bayaran kira-kira RM500 sehari suntuk. Untuk pengetahuan semua, RM1 kita adalah bersamaan kira-kira 1 baht duit Thailand. Tak pening sangat nak convert melainkan aku rasa sedikit gerun bila tengok papan tanda harga yang tulis 100 baht. Aku nampak macam RM100 padahal RM10 je pun.

Elaun tak masuk lagi. Aku bawak duit saku atas ehsan mak dan abang aku yang turut taja tambang aku dan kakak aku sebab tolong dia jadi wedding planner kenduri dia yang lepas.



Keterlaluan tak kalau aku cakap, aku nak muntah tengok atap van ni? Maksud aku, decoration dia. Memang semua ni hanya kusyen dan lampu untuk menampakkan kemewahan van ni tapi aku tetap rasa nak muntah. Aku rasa macam duduk dalam keranda cina. Keterlaluan tak aku cakap macam ni? Haha. Tapi tu la yang aku rasa. Aku tak boleh dongak langsung tengok atap van ni. Kalau tak, automatik perut aku membuak-buak.
Waktu di Thailand, lambat sejam dari waktu Malaysia. Kami masuk sempadan kira-kira jam 8.00 pagi waktu tempatan. Kabus kat sana tebal yang amat! Kami ke pekan Hatyai untuk tukar duit. Duit dia panjang-panjang daripada duit kertas kita dan sekali lagi aku nak muntah. Aku tak faham kenapa. Tebal sangat ke jati diri Melayu aku? Haha. Bila ke tempat orang, baru aku tau macam mana sebenarnya reaction aku terhadap persekitaran.



Lepas tu, kami singgah ke sebuah kedai Muslim untuk menikmati sarapan dan mungkin jugak makan tengah hari terus. Padahal baru pukul 10 pagi. Kalau kat tempat kita, somtam kaki ayam tu taklah pedas sangat. Siap jadi makanan kegemaran aku dan sesetengah yang lain. Tapi kat sini, somtam kaki ayam hanya mengandungi kaki ayam yang diracik halus dengan cabai Melaka saja. Pedasnya Allah saja yang tahu. Tak dapat digambarkan. Gulai dia pun pedas amat. Nasib baik aku ambil langkah keselamatan dengan pilih makanan yang aku rasa tak pedas. Aku ambil telur masin (uniknya, diperah dengan air limau nipis dan ditabur bawang besar), padprik telur rebus yang manis, ayam masak apa ntah yang warna agak pink, dan sayur campur. Kakak aku ambil ayam goreng, sayur campur dan padprik telur dan jumlah harga makanan kami ialah 110 baht bersamaan RM11.

Takla murah sangat kan? Aku tetap diamkan diri mintak kakak aku belanja. Yela. Budak pokai kenala jadi baik. Nanti orang tak mau belanja. Haha.



Errr… aku nak cerita jugakla. Kes nak muntah jugak kat kedai makan tu bila nampak tulisan Siam. Ishk ishk ishk. Teruk betul aku ni. Tak boleh dibawak berjalan. Bila aku rasa mual semacam je tengok tulisan tu, cepat-cepat aku tunduk, habiskan makanan sebelum perut dan tekak aku semakin memberontak.

Behave, Shaqirah!

Lepas makan, kami ke Zoo Songkhla. Pastu ke Ice Dome. Pastu ke Big C. Pastu ke Pasar Terapung. Layan gambar jelah ye











kesimpulannya, memang menyeronokkan tapi makanan, tulisan dan persekitarannya tak kena dengan diri aku. untuk datang kali kedua? hmm. sekadar mungkin yang tak sepenuh hati. bye!

January 17, 2012

Operasi Kimia


pernah aku cakap yang aku paling tak minat Kimia? muka pun tunjuk tak minat kan?

tapi kena sabarr jela sebab ni memang killer subject untuk sem ni.

pernah tengok muka aku serius?

Jangan Lupakan Aku

Aku tertunduk. sedaya upaya menahan air mata dari gugur. beginikah pengakhirannya? dapatkah dia membaca gelora yang sedari tadi aku tahan? terkesankah dia akan air mataku yang berlinang?

'Jaga diri baik-baik. Semoga kau ketemu lelaki yang mampu membuatkan kau tersenyum.'

Aku angkat kepala. dia langsung tidak memandangku, malah membuang pandangannya ke arah keriuhan manusia.

'Kau teringin nak jadi doktor kan? Semoga berjaya. Semoga semangat Islam dalam diri kau kekal sampai bila-bila'

Kali ini, aku tak mampu lagi menahan air mata dari gugur. tapi cepat-cepat aku seka. aku tak mahu dilihatnya sebagai gadis yang lemah walaupun aku tahu, inilah pertemuan terakhir antara kami. biarlah semuanya berakhir dengan indah saja.

'Thanks. kau pun. aku doakan yang terbaik untuk segalanya.'

Dia kulihat sedikit tersenyum. tidak terkesan pula riak-riak duka di wajahnya. mungkin hanya aku yang terlebih rasa sedangkan dia tak punya rasa yang sama.

Aku bangun. sebelum melangkah, aku pusing menghadapnya.

'Jangan lupakan aku.'

Namun aku hanya mampu ucapkan dalam hati. dan tetap kemas tersimpan hingga kini.



*bersambung

Kenapa Bulu Mata Gugur?


 
 

'Qirah, ada bulu mata gugur. kat sebelah pipi kanan.'

aku pun cepat-cepatla raba pipi sebelah kanan.
'Tak tak. atas sikit.'
aku raba lagi pipi. dah jumpa.

'Ada yang rindu agaknya?'

Aku tergelak besar. betul ke bulu mata jatuh tandanya ada yang sedang merindui kita?

pastu ada pulak tokok tambah cakap, kalau bulu mata jatuh kat sebelah mata kiri, maknanya tidak baik. sama ada kita sedang diumpat atau ada la yang tak suka kita! habislah aku macam ni.. kemarin 3 helai bulu mata kiri aku jatuh. aduuhh!

masa aku tadika pulak, aku dengar la, tips untuk lebatkan rambut ialah letakkan bulu mata kita yang jatuh tu atas rambut. sejauh mana kesahihannya tu, aku tak tau la jugak. err.. tapi sampai aku umur 22 pun aku tetap amalkan petua tu. naif kan? 

tapi secara saintifiknya, bulu mata kita memang akan gugur setiap hari. macam rambut jugak. jangan risau. dia akan tumbuh balik. tapi kalau kita menghidap penyakit kronik, bulu mata tak akan tumbuh semula. fakta.

jadi, macam mana cara nak menggalakkan pertumbuhan bulu mata serta mengurangkan kegugurannya?

1. Jangan gunakan eyeliner atau maskara terlalu tebal. berat tau tak? dahla berat, kalau mata sensitif tu, lagi la dia akan effect.

2. Amalkan pemakanan multi-vitamin setiap hari bagi merangsang pertumbuhan bulu mata yang sihat.

3. Gunakan pelembab dan boleh juga digunakan minak zaitun dan sapukan pada bulu mata sebelum tidur.

credit to drzubaidi.com

mak aku jugak pernah cakap, kalau nak lentikkan bulu mata secara semulajadi, amalkan menyapu lendir lidah buaya pada bulu mata. aku pernah try, tapi hangat-hangat tahi ayam je la. nampak ke kalau bulu mata kita lentik? tak faham.



jagalah mata anda serta aksesorinya iaitu bulu mata.




January 16, 2012

Kuliah Cinta

assalamualaikum

hai! lama benar tak menulis sesuatu kecuali nota kuliah! sebabnya? sebab tak ada perkongsian yang lebih menarik berbanding perkongsian semasa kuliah. macamtu pun boleh? ya, macamtu pun boleh sebab aku suka pegi kuliah. semua tentang hidup aku adalah tentang kuliah. 

pagi-pagi pegi kuliah
di depan pensyarah tunjuk baik
apodia ni Shaqirah!
baik hang balik bilik.

miserable kan hidup aku? haha.

January 5, 2012

Rahsia Agung

assalamualaikum

masih kekal rahsia. rahsia yang hanya Dia kukuh menyimpannya.

" Budak-budak muda zaman sekarang, suka kat orang lain, bercinta dengan orang lain, berkahwin pulak orang lain!"

"Ce tengok si polan tu, dulu bagai rak bercinta, habis semua tahu dia ada pakwe, eleh, akibat terlalu menunjuk la tu sampai last-last tak dapat bertahan jugak..!"


Frankly speaking, aku cukup tak gemar bila ada orang cakap semudah tu. Bercakap memang mudah, cukup mudah. Hakikatnya kita tak pernah tahu apa yang pernah berlaku antara pasangan tu. Dan sebenarnya, apa yang lebih aku nak fokuskan adalah cerita tentang jodoh. Cerita tentang hakikat suatu rahsia yang hanya Allah mengetahuinya. 

Tanyalah pada sesiapa pun. Semuanya mahukan yang terbaik dalam kehidupan. Tak siapa mahu mensia-siakan masa untuk seorang yang belum tentu menjadi pasangan hidup kita secara halal. Itulah yang selalu diungkapkan sebagai soal jodoh tak siapa tahu. Kalau tahu, mesti la kita terus tunggu bakal suami atau isteri kita terus kan?

Jom kita sedaya upaya mendoakan yang terbaik dalam hidup. Tak semua yang kita nak akan kita dapat. Sebab Allah tahu yang terbaik. Bercinta la 20 tahun sekalipun, kalau tak tercatat bahawa dia akan menjadi yang halal buat kita, tempoh yang panjang tu bukan lagi satu jaminan. Ada pasangan yang baru berkenalan tapi terus kahwin. Ada pulak yang dah lama, tiba-tiba je putus. Tempoh masa memang bukan jaminan.

Yang penting, kita sama-sama jaga adab dalam bercinta. Jangan terlalu mudah menyerah. Kalau ditakdirkan dia bukan jodoh kita, apa lagi yang tinggal untuk suami kita? Ishk. Aku takmau la cakap banyak-banyak lagi. Sendiri mau ingat la. Benda ni sering diperingatkan.. Jangan kita sampai lupa diri, hanyut.. Kita bukan  hidup untuk cinta semata-mata.

*Peringatan kepada diri sendiri juga

Bagi yang pernah mengalami kegagalan, aku apa kata cuba dengar lagu ni, Someone Like You; Adele

I heard
That you're settled down
That you
Found a girl
And you're
Married now

I heard
That your dreams came true.
Guess she gave you things
I didn't give to you

Old friend
Why are you so shy?
Ain't like you to hold back
Or hide from the light

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over

Never mind
I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me," I begged
"I'll remember," you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead."
Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead,
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday
It was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise
Of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind
I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me," I begged
"I'll remember," you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known
How bittersweet this would taste?

Never mind
I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me," I begged
"I'll remember," you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead"

Never mind
I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me," I begged
"I'll remember," you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead"

Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead

Bebelan

assalamualaikum

orang lain bercerita, aku pun nak bercerita. oh, sem ni padat sangat. tambah-tambah sebab ada praktikum kali pertama di sekolah. ye, saya akan ke sekolah sebagai seorang guru Sains yang so-called-typical-teacher, pakai heels hitam dengan name tag, galas handbag dan bimbit fail. lepastu kelek sekali buku rancangan pengajaran. tapi takmau la tipikal sangat kan. tengok la nanti kot-kot aku terasa nak galas beg sekolah tu ke. barulah dipanggil cikgu super!

oh. sem ni memang awesome! 6 subjek yang semuanya memenatkan. sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa cikgu sains dan matematik kena minor pendidikan jasmani.bagila subjek lain, muzik misalnya. macam tadi, penat ber-PJ tak hilang lagi, masuk kelas kena perah otak untuk jawab soalan Kimia. balik bilik kena prepare untuk Fizik. penat fizikal dan mental. sangat penat.

ada hikmahnya.

bukak facebook pulak, banyak yang aku tak kenal add aku. rupanya students Amir. okay. approved. budak-budak sekarang memang advanced. ustaz depa dah tak mengajar depa, tau apa hadiah depa bagi kat Amir tu? depa p google nama aku dan Amir sampaila terjumpa gambar kami dan print bagi kat Amir. tekekeh-kekeh ustaz tu gelak mengenangkan budak-budak yang dia panggil geng bahaya tu. 

memang bahaya.


January 3, 2012

Siapa Sebenarnya

assalamualaikum

siapa sebenarnya yang paling kita harapkan ada ketika kita memerlukan seseorang? siapa yang kita harapkan ada di sisi kita mendengar semua keluhan kita pada masa kita sedang kesedihan? siapa yang kita harapkan mengesat air mata kita saat kita menangis namun tak tahu punca sebenar tangisan?


kadang-kadang kita rasa kita ada sahabat baik tapi ada masanya ada benda yang kita tak mampu luah. kalau kita ada sahabat lama, kita tertanya-tanya adakah dia masih sudi mendengar? adakah dia sudi meluangkan masa untuk kita? aku selalu fikir macam tu. manusia kan berubah. aku pun berubah. mungkin orang lain turut tertanya-tanya tentang perubahan aku, so sama jela.
sunyi itu pasti. tapi keseorangan tak semestinya kita akan sunyi. pandai-pandai la buat apa-apa bagi tak sunyi sebab percayalah cakap aku, bila kita keseorangan, emosi kita mudah terganggu. kita terdorong untuk buat sesuatu yang kadang-kadang tak masuk akal. masa ni syaitoon beria benar nak cucuk kepala kita tentang benda yang merugikan. contoh yang selalu berlaku kat aku ialah bila aku sorang diri, aku cepat marah. rasa nak menangis walaupun sikit je hati ni terusik. nak cari kawan, takut semua ada hal masing-masing. pakwe masuk hutan berjuang di perbatasan. membela maruah negara. telefon mak abah tak sampai hati nak cerita bukan-bukan. peluk teddy bear tak ada respon. dahtu?

kembalilah kita meneleku di tikar sejadah. bacalah al-Quran kalam Allah yang penuh mukjizat dan keberkatan. insyaALLAH pasti rasa aman. tolong jangan emosi. tolonglah jangan. tolong.

*macam tergantung je entri ni.

January 2, 2012

Berbasikal. Nostalgia.

Assalamualaikum

Sekarang memang musim berbasikal. Tak kira apa status dan peringkat umur, semuanya suka berbasikal. Aku penah cakap, naik gerek (atau dalam bahasa bakunya berbasikal), tapi ramai sangat yang tak faham. Amir sendiri tak faham. Pelik. 

Fixie. Aku tak faham apa keistimewaannya. Bagi aku, selagi basikal itu boleh dikayuh, tidak pancit, boleh bawa aku ke mana aku nak pergi, tu dah cukup baik. Macam henpon la. Orang nak yang canggih-canggih, bagi aku, sekadar boleh sms, call dan dengar radio, tu kira henpon terbaik la. Tapi sekarang aku jugak berkira-kira nak tukar henpon sebab speaker dia rosak. Tunggulah kalau bajet lebih. Banyak benda lagi penting untuk dilakukan. Beli baju tunang misalnya. Haha. Gelak guling-guling.

Dulu masa sekolah rendah, abah hantar aku sampai darjah 3 ja. Kadang-kadang, aku tumpang kakak aku bonceng basikal dia. Macam aku pernah cerita sebelum ni, kakak aku sering buat aku alasan untuk berbuka puasa pada tengah hari. Kononnya aku berat dan dia penat. Hah. Fitnah. Aku dijadikan kambing hitam sedangkan berapa sangatla berat budak darjah dua. Alasan.

Naik darjah 4, aku kayuh basikal sendiri. Pastu mak belikan getah yang ada cangkuk tu untuk ikat beg kat pelantar basikal. Haha. Aku cukup suka benda alah tu sebab dia warna-warni. Tak sabar tunggu dia putus sebab nak tukar getah baru. Aku bersaing dengan kawan aku, Jannah, untuk ke sekolah. Paling aku tak boleh lupa, konon nak kata Miss Punctual la dari kecik, kawan aku mai lambat seminit pun aku tinggal. Pastu bila mai sekolah, dia nangis-nangis.

“ Awat hampa tinggai kami…? Kami lambat sikit ja..”

Sorry babe. Tak layan. Haha

Aku rasa, tu la sebabnya dulu badan aku kecik. Sebab sentiasa berbasikal. Konon menjalani hidup sihatla. Kadang-kadang tu, terutamanya darjah 6, rancang dengan kawan-kawan sekelas dalam 7,8 orang, kami berbasikal ke Kangar. Ikut belakang perpustakaan Kangar dan tinggal basikal kat situ. Pastu lepak lama-lama dalam perpustakaan. Balik tu, singgah kedai makan. Masing-masing turunkan seringgit sorang dan order nasi goreng kampung, share sepinggan 3 orang. Haha

Pastu lepas keputusan UPSR diumumkan, Alhamdulillah, kami  17 orang dapat 5A. Sekolah bagi RM50 sorang. Kira besar benar la nilai tu masa darjah 6. Kami berkonvoi ke Kangar. Masa tu bulan Ramadhan. Nak balik berbuka kat rumah tak sempat. Nasib baikla masing-masing sempat beli ayam goreng sorang seketul dan duduk ramai-ramai berbuka atas basikal, tepi sungai.

Kenangan zaman sekolah rendah.

Masuk sekolah menengah, tak sempat berbasikal. Cuma kadang-kadang tu curi-curi naik basikal anak warden. Masa tu kira heaven habisla sebab dah lama tak berbasikal. Rasa cute pun ada. Ciss. Haha

Lamaaaa, lepas aku dok naik moto je, aku mula berbasikal balik. Penat sangat. Sebab ada drumstick besar nak angkat masa mengayuh tu buat aku makin penat. Tapi aku gagahkan jugak la. Aku teroka balik tempat-tempat yang aku selalu pergi masa sekolah rendah dulu. Aku gelak balik bila ingatkan masa tu, kira aku ni superwoman la. Semua ceruk jalan aku tahu sebab aku pernah teroka dengan basikal. 

*tersenyum sorang-sorang masa siapkan entri ni*