Friendly Friends

December 15, 2011

Nightmare!

assalamualaikum

malas dan bosan sebenarnya nak ulang cerita pasal tolong kenduri kahwin. tapi kali ni, ulung kalinya majlis perkahwinan diadakan di rumah ni. tobat penat sampai aku rasa aku tak mau kahwin. serius. cuti kali ni aku tak kerja, so aku la yang buat hantaran sorang-sorang, aku la yang mengecat rumah, aku la segala-galanya. pendek kata, memang sampai boleh bukak butik pengantin sendiri la.

bosan kan?

okay fine aku ubah topik. haha. belakangan ni kan, aku asyik mimpi orang tu la. please jangan salah anggap, bukannya skandal lama ke ape ke. cuma pelik. aku tak pernah fikirkan dia dan tak pernah pun tengok gambar dia atau ambil tahu tentang perkembangan dia tapi berturut-turut hari aku mimpikan dia. tak larat nak memikir kenapa.

mainan tidur agaknya. dan memang aku harapkan apa yang berlaku dalam mimpi tu hanya mainan tidur. tak dapat aku bayangkan kalau betul-betul jadi kenyataan.

ngeri kan bila kita mimpi orang yang kita harapkan takkan muncul lagi walau dalam mimpi atau cerita? aku harap, semua ni hanya mimpi ngeri yang akan berlalu bila aku celikkan mata.

pheww~

No comments: