Friendly Friends

November 8, 2011

Unexpected

assalamualaikum

susah benar nak meneka apa yang akan berlaku dalam hidup. kita hanya boleh merancang dan berangan dan berharap, tapi Yang Maha Agung sudah punya rencana yang lebih besar.

apa boleh buat, berdoa dan bertawakallah agar semuanya dalam kawalan. nak gelak biar terkawal, nak bersedih pun biarlah terkawal.

exam lusa tapi aku macam biasa. life aku macam biasa. teruk punya cikgu. malang benar sapa dapat aku.


kadang-kadang tu sebenarnya penat juga memikirkan soal-soal dunia macam exam, macam bila nak kawen.. aku penat sebenarnya. rasa macam nak ikut gerak hati. gerak hati sekarang cakap, jangan study. baik aku mengemas bilik. tapi akal cakap, study la Qirah. kesian mak abah yang dok doakan aku siang malam. aku kena la usaha..
rasa macam nak jadi baby balik! semua orang suka. semua orang berebut nak jaga. pastu kena handle with care pulak tu. sapa berani sakitkan baby? sapa berani jatuhkan baby? sapa berani tengking baby? kalau baby nangis pulak, ada je yang cepat-cepat pujuk dan dodoikan balik. sangat disayangi. seronok. masalah jerawat pun tak ada. obes apatah lagi. tak perlu pening memikir esok nak makan apa, esok nak pakai baju apa. tak perlu fikir nak kawen ngan sapa dan exam kena score berapa. mudah.

tapi bila balik ke alam realiti, aku kena faham yang aku bukan baby. bukan toddler dan bukan juga kanak-kanak. aku juga makin meninggalkan alam remaja. makin menginjak dewasa. maka perlu berdepan dengan kenyataan. kenyataan apa? harus aku diamkan dulu sekarang. masih mencari medium terbaik untuk mencari jawapan. dan mencari medium terbaik untuk mencerna keputusan. semoga dalam kawalan. sebab remote kehidupan dalam tangan aku.

No comments: