Friendly Friends

November 2, 2011

Pimpinlah Aku ke Syurga, Suamiku

assalamualaikum

kita perempuan. kalau ada readers lelaki, kau lelaki la. haha. tapi aku nak cakap untuk kaum aku sat. kalau nak tumpang baca, silakan la ye. boleh jugak korang ambik tahu feeling kami. korang kan slow sikit bab pickup-pickup apa yang kami rasa. haha. jangan marah!

sebenarnya aku cuba untuk faham penderitaan lelaki bila depa nak ajak perempuan kawen... especially bila memikirkan banyak duit yang akan digunakan untuk satu majlis tu. dan aku makin faham penderitaan lelaki bila aku jadi wedding planner abang sulung aku. nama pun sulung kan, tanggungjawab kat mak abah, tanggungjawab kat adik beradik dan kat diri sendiri tu memang banyak. nasib baik bakal kakak ipar pun kukuh kewangannya dan ada kereta dan kerja sendiri. kalau tak, aku rasa makin payah la.

duit hantaran dan barangan hantaran tu memang kena masuk bajet. duit kenduri lagi. duit kecemasan lagi. pastu repair rumah lagi, upah orang buat rumah lagi. bila aku kira-kira, aku rasa abang aku kena ready RM20 000 dan dah habis hampir RM12 000! tapi aku suka cara depa uruskan barang hantaran. beli sendiri-sendiri. maknanya senangla nak bajet. nak beli yang mahal ke, murah ke, tak ada sapa pun akan komplen. pastu senang, tukar antara satu sama lain untuk digubah. see? mudah diuruskan.

kita yang perempuan ni kena la sedar diri jugak.. kata sayang.. kalau sayang, mestilah takmau bebankan pihak lelaki. janganlah pulak majlis kahwin grand livina, lepas kahwin? merangkak-rangkak nak bayar hutang. tambah-tambah peminjam dana pendidikan PTPTN ni. kerja sekarang payah nak cari. kesiaannn bakal suami kita, kena tanggung hidup berdua dan mungkin kena bayarkan pinjaman kita sama! kata sayang... kalau sayang, kena la bertimbang rasa.

janganlah ikut sangat trend sekarang. ada pulak hantaran ikut taraf pendidikan.. kalau macamtu, baik letak harga ikut skill menjadi isteri. kalau kuat beragama, pandai memasak, pandai mengemas, hormat orang tua, berpendidikan, cantik, pandai mengasuh, kira berpakej la! ha, tu mungkin patut mahalla. tapi tu masih bukan jaminan rumah tangga akan bahagia kan? renung-renungkan.

kita berkahwin bukan untuk sehari dua, bahkan untuk berpimpin tangan menuju ke syurga. bukankah suami isteri yang saling mengasihi kerana ALLAH akan terus bersama hingga ke syurga? dan dalam dunia sekarang, duit bukan menjamin kebahagiaan tapi duit akan mempengaruhi kebahagiaan. kalau tak ada duit, suami isteri akan bertelingkah. mana nak bayar sewa rumah, bil2, lampin susu anak, barang-barang makin mahal, pulak tu kalau upah pengasuh. pastu bila bergaduh, masing-masing akan lama-lama makin bosan. ntahla, aku teka je sebab aku tak kahwin lagi. tapi aku rasa, kadang-kadang duit adalah punca masalah dalam rumahtangga. lebih pun payah, sikit pun payah.

ekoran dari itu ya para saudara dan saudari, saya menyeru agar dari awal lagi, kita permudahkan apa yang boleh kita mudahkan. rendahkan duit hantaran tu. tapi jangan rendah sangat. kadang-kadang, lelaki ni kurang menghargai sikit kalau mudah dapat. haha. agak-agaklah dengan kemampuan depa. untuk lelaki pulak, dah kami boleh consider keadaan hampa, hampa belajarlah untuk hargai kami... kadang-kadang, kami tak minta diselaputi gelang emas, kami hanya mahu kesetiaan, cinta, kejujuran dan bimbingan suami untuk berpimpin tangan ke syurga. ingat ye. give and take okay!



assalamualaikum bakal pemimpin rumahtanggaku.. sudikah kau memimpin tanganku agar kita sama-sama dapat berada di syurga?

No comments: