Friendly Friends

October 10, 2011

Sistem Swiss Powermatch

assalamualaikum

okay. dah janji nak cerita pasal sistem pertandingan bahas kali ni? dah takde liga atau knockout, tapi guna swiss powermatch. aku asa, sistem ni lagi menarik dan berupaya me-reveal-kan (dengan izin yang dipertua) kebolehan sesuatu pasukan.

penentuan kemenangan dan ranking kesemua pasukan adalah berdasarkan 4 kriteria iaitu juri, margin dan total marks serta jumlah kemenangan. juri ni macam ni, kita kan ada 3 juri, maknanya kita mungkin akan dapat 1 point kalau sorang je juri pilih kita, 2 lagi tak. kita mungkin juga akan dapat 2 point kalau 2 orang daripada 3 tu pilih kita. kalau kita dapat 3 point pulak (sahih menang), tu bermakna ada 3 orang juri support kemenangan kita. dan tak mustahil kita akan dapat 0 point sebab takde sorang pun pilih kita (kes sahih kalah). hehe

untuk margin pulak, juri akan beri ranking dari 0-12. semakin tinggi margin yang kita dapat (kalau kalah), bermakna semakin terukla performance kita masa tu. okay, let say Shaqirah sebagai team A dan Amir sebagai team B. Amir kalah dengan margin 2. kira kemenangan Shaqirah tu kira tipisla. kalau Amir dapat margin 8, kira performance dia teruk benar. kalau 12? oh. speechless.

ranking keseluruhan akan mengambil kira faktor-faktor yang telah aku nyatakan di atas. overall, aku rasa, ni sistem pertandingan terbaik untuk diguna pakai dalam pertandingan-pertandingan yang bersesuaian. 

*malam ni pakat nak berjalan makan KFC. agak-agak, aku larat tak?

*makanan di Kuala Lipis mahaalll berbanding Jitra! kalau di Jitra, sepinggan nasi bersama seketul ayam sederhana saiz dan sedikit sayur kangkung mungkin hanya berharga RM3-RM3.50 tapi kat sini RM5 okay!

*maggi di tempat kita, RM3.50 untuk 5 paket tapi kat sini RM5.70!

*aku harap, harga KFC tu standard. kalau tak, macam mana aku nak borong ros merah dan ros putih nanti? oh. garu kepala.

1 comment:

Azmi Zaini said...

boleh x nak sistem nie? xpandai nak wat la dalam powerpoint dan excel.. email ye.. m.azmi.zaini.91@gmail.com.. terima kasih..