Friendly Friends

October 7, 2011

Semput

assalamualaikum

baru habis camping. actually, aku tak la rasa yang aku camping sangat. sebab aku banyak habiskan masa memasak dan turun latihan debat tiap2 malam kecuali malam kebudayaan. ehehe. 

paling tough bila malam kebudayaan la. buat ayam goreng tepung, udang goreng tepung, tomyam dan jelatah (acar darat) untuk hampir 200 orang. yang duty memasak ni tak sampai 10 orang pun. pastu kena masak asing untuk vege. pastu kena bncuh dua tong air. pastu kena serve makanan. pastu kena buat kopi kat pengarah. pastu kena buat sambal ngan goreng bilis ngan rebus telur untuk sarapan esoknya. dahla pagi tu aku masuk pertandingan memasak tanpa alat. kira macam survival dalam hutan ke. kau sempat ke nak usung tong gas masuk hutan? ha, lebih kurang macam tu la motifnya.

pendek kata, seharian baju aku berbau asap yang maha hebat.



gambar atas tu tengah buat roti lilit. aku rasa macam kelakar la semua ni. especially gmbar bawah tu. telur goreng dalam bawang besar. agak2 kan, kalau tak sesat, mesti tak ada selera nak makan kan?


ni baru sikit. ramai lagi tak upload gambar. aku tak banyak ambil gambar pun. kita tunggu entri seterusnya!