Friendly Friends

October 23, 2011

Selamat Bersara Ayahanda!

assalamualaikum

beliau sentiasa sinonim dengan rotan di tangan. malah aku dan kawan-kawan akan terintai-intai di perhimpunan hari Rabu. kalau beliau bawa rotan, tu bermakna ada salah laku teah berlaku dalam minggu tersebut dan ada la nanti yang akan terima habuan. kalau ayahanda hadir tanpa rotan di tangan, tu maknanya SMSAH aman dari sebarang kes. 

sekurang-kurangnya untuk minggu tersebut. hihi

aku dan rakan-rakan batch 0307 wujud di SMSAH semenjak awal kewujudan beliau lagi. maka, beliauah satu-satunya ayahanda kami di sana. tiada ayahanda tiri atau ayahanda angkat di sana. hanya beliau. mungkin kerana itu, persaraan beliau amat terkesan di hati kami. manakan tidak, membesar bersama tunjuk ajar dan nasihat beliau. 

dulu aku anggap semua tu dendaan, kiranya aku makin dewasa kini dengan mengganggap semua itu adalah nasihat dan tunjuk ajar. hihi

apa pengalaman peribadi aku bersama beliau?

secara jujurnya tiada.

cuma ya! beliau pernah memuji kejayaan aku dan Apple mengacarakan majlis Anugerah Cemerlang. Sultan Abdul Halim mencemar duli ke majlis tersebut. beliau puji gandingan kami mantap di perhimpunan. beliau bilang, suaraku seperti Nurul pembaca berita RTM. haha. ketawa malu.

ayahanda juga pernah mengajak seluruh f4 Wira, ketika aku f4, ke kafeteria ketika majlis sembelihan lembu. beliau belanja kami makan roti arab. semua tak berani duduk di hadapan beliau. paksa aku duduk di situ dengan alasan aku MPP. sadis.

tapi waktu itu, hilang ketakutan aku terhadap beliau. 

beliau terkenal dengan pelaksanaan akta baru sekolah. sekolah tanpa tong sampah? oh. bayangkan saja bagaimana kami hidup tanpa tong sampah. namun dengan disiplin yang diterapkan, magiknya kami berjaya hidup tanpa tong sampah dan masalah sampah berjaya diatasi! hebat kan?

banyak kejayaan SMSAH yang dilakar semasa pemerintahan beliau. cukup membanggakan apabila SMSAH diumumkan antara 20 sekolah SBT pertama lewat pengumuman lepas. aku bangga. ya, aku bangga. sebab aku warga SMSAH

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI AHMAD BIN DIN!

No comments: