Friendly Friends

October 14, 2011

Non-officially Enganged

assalamualaikum

pertunangan bermaksud apabila seseorang lelaki melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita tersebut bersetuju, satu ikatan pertunangan telah terjalin antara mereka. ya! dan menurut sumber sahih, rombongan meminang yang datang tu hanya menyempurnakan adat saja, jadi isu pertunangan antara seorang lelaki dan wanita yang serius berhubungan tidak timbul sebab lamaran si lelaki sudah diterima.

wajib diketahui oleh lelaki lain bahawa apabila seorang wanita sudah dipinang oleh seseorang lelaki dan peminangan itu sudah dipersetujui, tidak dibenarkan baginya menggangu dan meminang wanita tersebut selagi mereka masih berhubungan.

err, maknanya aku dan amir dah bertunang tapi belum secara rasmi mengikut adat la kan? ye. dah bertunang. dan hati takkan berubah. tiada yang kedua. takkan ada yang kedua. 

dah hampir sebulan dia pergi dan hampir 3 minggu dah tak dengar khabar berita. 

dan sesungguhnya seorang shaqirah masih tetap menanti dan terus menanti. 6 bulan je pun. macam sekarang, pejam celik pejam celik dan sebulan. insyaALLAH kalau raya dia balik, walau tak sempat jumpa, rasanya dah terubat kalau dengar suara dia.




2 comments:

Tasha said...

mcm ade iras2....

Mas Ayu said...

kirah...moga bahagia taw kawan...