Friendly Friends

October 19, 2011

Me and My Girls

assalamualaikum

layak tak aku menulis pasal ni? okay, sekadar berkongsi pengalaman ditinggalkan si dia untuk 6 bulan tanpa sebarang komunikasi. sekarang baru sebulan. ada 5 bulan lagi untuk ditempuh.

yes. awal-awal dulu aku admit aku memang pathetic betul. pantang silap sikit, mesti aku menangis. sekarang ni kurang sikit la. tapi memang tipu kalau tak teringat.

bagi aku, kunci utama LDR (long distance relationship) ni adalah elakkan terlalu rapat dengan lelaki lain! sebab kalau kita rapat, kita akan tend untuk treat dia macam mana kita treat BF kita. kita kan kehilangan tempat bermanja untuk sementara, so bila kita rapat dengan boy lain, takut nanti dia akan dianggap sebagai tempat mengadu. jangan! perempuan sangat sukakan perhatian dan kalau kita tak dapat perhatian tu, kita akan cari perhatian dari yang lain.

jadi cik Qirah, nak buat macam mana?
what can i say is spending your time with BFF is the best way! ajak your girls keluar-keluar makan, picnic, shopping or whatsoever. macam aku kan, aku ajak kawan-kawan sekolah dulu mai rumah aku, kami memasak sama-sama. buat kek batik uolls! sambil bergosip di dapur, kami bergelak sakan. serius best!


kek batik resepi kami ni sedapp!
lepas penat sepahkan dapur, kami masuk bilik untuk sesi make-over. ala, macam uolls tengok cerita omputih tu.. cumanya kami tak spend overnight untuk bergosip. tapi ni cukup untuk menggembirakan aku!




haha. malang gila budak ni sebab aku mekapkan dia. aku ni, pegang barang mekap pun tak pernah. siap berus blusher tu aku ingatkan pendrive. haha. pastu kan, cuba tengok gambar atas sekali ni. aku tambah suka hati taik lalat kat dagu dia, konon klon datuk Siti la. tapi dah nama pun BFF kan, takkan marah babe! enjoy!


dan akhir sekali, sesi bergambar itu perlu!
keluar jumpa BFF.. memang heaven! much much much better than kau melepak dengan lelaki lain masa BF kau tak ada.

pastu kan, untuk mengisi masa lapang dengan BFF kan, kita boleh jugak ajak our girls ni pegi bercuti! okay aku tipu. pegi lawatan kelas actually. sobsobsob. tapi tu kan masa berkualiti yang dapat kita spend sama-sama dengan BFF! enjoy! 



tak semestinya kena spend overnight. ingat tu. haha.

okay girls, ingat tau berkawan biar seribu, bercinta biar satu!

2 comments:

Farah Izzati said...

he he he XDD..i like that..<3..

Mas Ayu said...

bestnya..nak join jugak...