Friendly Friends

October 15, 2011

Kelebihan Kahwin Awal : Edisi Gadis

assalamualaikum

aku tak anggap nikah pada usia yang muda adalah satu trend. sebab bagi aku, remaja sekarang bukan macam remaja zaman dulu. remaja sekarang banyak terdedah pada gejala sosial. remaja sekarang, walaupun dilihat sebagai kuat pegangan agamanya, tetap terdedah pada turutan cinta.

nikah memang bunyinya macam seronok ja (haha. mesti mak aku tarik telinga aku kalau dia tau). tapi ada banyak benda yang perlu kita fikirkan sebelum bernikah pada usia yang muda. kalau aku, aku banyak fikir pasal study aku dan kewangan kami. aku ada 2 tahun lagi untuk dilangsaikai sebelum aku genggam ijazah. ramai yang beranggapan bahawa guru perempuan patut kahwin awal untuk mengelakkan dihantar mengajar di pedalaman. ikhlas, itu bukan masalah bagi aku. sebab bagi aku, hidup ni bukan untuk fikir seronok saja. bukan untuk lari dari masalah ja. mengajar di pedalaman adalah satu pengalaman berharga. terutamanya kalau belum berumah tangga sebab kita tak perlu risau akan suami yang ditinggalkan. kita bebas membawa anak murid kita masuk pertandingan. ni la masanya kita menimba pengalaman di tempat orang. lepas kahwin, takut suami tak bagi masuk hutan pulak kan?

so, jom memaknakan hidup sebelum kahwin!

dari satu sudut, aku memandang pernikahan sebagai satu cara untuk mempermudahkan hidup. kenapa? kerana kita ada seorang lelaki yang bertindak sebagai pelindung ketika abah kita tiada di sisi kita. suami ini akan menemani kita, teman kita shopping barang dapur, tolakkan troli untuk kita, dan sentiasa ada di sisi kita masa susah dan senang.

tolong tolak troli beli barang dapur
girls, pada usia ni, kita juga perlukan suami untuk bawa kita ke mana saja yang kita nak tanpa perlu risau balik lewat kerana kita di sisi seorang yang halal ada untuk menemani kita. mak abah pun takkan risau. nak pegi jalan-jalan, tak payah risau pandangan masyarakat. 

tapi aku rasa la kan, girls zaman sekarang ni nakkan lelaki berkereta. kalau tak ada kereta sekalipun, ada lesen dah cukup. betul dak?


dan, ada jugak insan yang akan setia mendengar rintihan kita, tolong kita buat research untuk assignment dan macam-macam lagi. macam mana, dah sedia ke nak kawen?

* ulasan seterusnya pada entri akan datang

2 comments:

Farah Izzati said...

yer..saya like post anda..he he he

Nur Fazliana said...

saya sukaaaaaa sangat post ni! nk kawen rasanyaa..ahahah