Friendly Friends

October 20, 2011

Ikan Hag: edisi sains

assalamualaikum

teringin nak berkongsi fakta sains dengan anda semua! melalui pembacaan aku dalam majalah Kosmik, ada satu spesies ikan yang digelar ikan Hag, hidup dalam lautan. ikan ni tak cantik, malah meremangkan aku bila nengoknya tapi kejadian alam ciptaan Allah memang hebat. walaupun tak cantik, tapi ikan ni dicipta dengan ciri-ciri morfologi yang cukup mengujakan!

  

ikan ni memang kalau kita tengok sekali imbas macam belut. macam cacing dalam perut pun ada. tapi dia sama sekali tidak tergolong dalam spesies ni sebab dia mempunyai sistem rangka tubuh, bukan sekadar bertulang belakang. selain dari itu, ikan hags ini juga mempunyai 4 jantung dan 2 otak dan mampu membesar hingga 18 inci panjangnya. mata dia hanya berbentuk polka dot (hehe) dan kalau kita tengok, tak ada rupa mata langsung. kalau kita manusia, macam taik lalat jela. pastu kan, yang paling meremangkan ialah ikan ni mampu merembeskan sejumlah lendir yang amat banyak sekiranya dipegang atau ditangkap pemangsa! lendir-lendir ini dianggarkan boleh mencecah hingga 5 gelen kalau dipegang dalam beberapa minit sahaja. kalau dipegang secara berterusan, dia akan menyimpulkan diri dia sendiri sampai pemangsa akan lepaskan dia.

menarik bukan?

No comments: