Friendly Friends

October 19, 2011

Hari Kokurikulum IPG Kampus Darulaman

assalamualaikum semua!

salam celik minda dari para guru yang aktif dan suka makan.

para guru okay. not only me who love to eat. hehe

siang tadi berlangsungnya Hari Kokurikulum peringkat IPG Kampus Darulaman. sebelum ni aku ingat ada kawad kaki antara unit beruniform. tapi rupanya tak ada. frust tahu frust? akak akak abang abang sem 4 ni suka benarrrr berkawad tau! hancur hati kami bila dengar kami tak perlu kawad. lagi satu, kami suka kulit tan. tapi dah kami tak payah kawad, nak buat macam mana kan. akur je dengan arahan

hehe.

overall, penganjuran kali ni telah menarik aku dan classmates untuk join galah panjang. well, to be honest, permainan tradisional ni memang untuk si tangan panjang dan si lincah. tapi bagus jugak la. cuma aku rasa boleh dibuat pengisian lain, aktiviti lain yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. mungkin barisan jawatankuasa boleh mempertimbangkan aktiviti yang melibatkan semua pelajar dan pensyarah seperti aktiviti sukaneka? pertandingan boleh dibuat mengikut jabatan masing-masing. contohnya dalam 1 pasukan, WAJIB hantar 5 orang pensyarah dan 5 orang pelajar. mungkin lebih meriah. sebab tadi aku tengok, macam pelajar je yang terlibat. tu pun ramai yang tak hadir hari ni. aku tahu


ni tapak permainan ketingting. permainan masa kita kecik-kecik dulu tuu. tapi kecik-kecik dulu aku tak main permainan ni. aku main  orang batu ja. kalau suruh main batu seremban pun aku tak reti. 


ni pulak permainan galah panjang. boy main nampak agresif sikit. girl? oh biasalah. kaum ayu mayu ni memang penuh hilai tawa. hahaha

ni pulak permainan konda kondi. pertama kali sebenarnya aku tengok orang main permainan ni. kena cungkil-cungkil dan sambut-sambut bagai. kalau tak salah aku, permainan ni merupakan permainan tradisi kaum India. betul tak? baguslah kalau betul. apa kata orang sekarang? 1 Murid 1 Sukan? 1 Malaysia untuk semua

*guru dibenarkan berpolitik*

dan cadangan aku seterusnya untuk penambahbaikan ialah menambahkan bilangan gerai yang ada. bukan apa, kelas yang tak tahu menahu macam kelas aku tapi nak berniaga ni teringin jugak nak tambah duit poket. hehe. lagipun kami ada perniagaan sebelum ni dan suka benar kami kalau dapat teruskan perniagaan tu. tapi syabas aku ucapkan kepada para pelajar yang begitu bersemangat menjalankan perniagaan hari ni. sekadar menyebut beberapa kelas, PISMP Matematik Semester 4, PISMP PK 1 Semester 4, PISMP Pendidikan Islam Semester 2 dan PPISMP PK (kelas Azryn) semester 3, tahniah sebab berniaga dan menceriakan hari kokurikulum kita! Azryn, saya nampak felt keychain. sapa punya kerja tu? haha

dan cadangan penambahbaikan yang terakhir dari hamba ALLAH yang hina ini ialah tentang gimik perasmian. hmm. mungkin jawatankuasa menghadapi kekangan masa untuk merancang sesuatu yang lebih gempak, tapi aku rasa, kita mampu buat sesuatu yang lebih baik dari gimik tadi. mungkin sesuatu yang tipikal seperti melepaskan banner yang diikat pada belon-belon atau cukup sekadar paluan gong. tapi kalau tak sesuai dengan hari Kokurikulum, mungkin boleh letakkan tiang bola jaring, kat dalam tu letakkan plastik berisi kertas-kertas kecil berwarna, minta timbalan Tuan Pengarah kita jaringkan bola dalam jaring tu. bila bola masuk, keluarlah kertas-kertas tadi ni. cara ni mungkin sesuai dan boleh menceriakan suasana kalau timbalan Tuan Pengarah shoot tak kena. hihi

oh. dan tak lupa juga tahniah buat pelajar semester 6 atas penganjuran pameran tu. aku paling tertarik dengan magic di gerai Sains dan jugak doh mainan di gerai  Pendidikan Khas rasanya. seronok menguli doh buat bunga ros. hehe.

panjang pulak bebelan aku kali ni. refleksi SBE dan Teknologi Pendidikan tak siap lagi. esok dah kena hantar sebab kami akan bercuti panjang sempena Deepavali! buat rakan-rakan yang akan menyambut perayaan Deepavali ini, Kassturi dan Pushpaleela dan jugak yang lain, Selamat Menyambut Deepavali!

babai semua!!

3 comments:

Farah Izzati said...

i like!..he he..

Qirah Isa said...

agak dah. mesti peah ni komen! haha

azRyn said...

akak Qirah! ehe.. bukan gerai kelas saya la.. tapi gerai masjid an-nur.. Felt craft azryn buat ler... berjaya tak?? Hehe.. ;D