Friendly Friends

October 10, 2011

Debat Piala Timbalan Menteri Pendidikan

assalamualaikum

jauh benar perjalanan kali ni. dan baru aku perasan. sem ni memang sem berjalan-jalan. haritu pegi Bukit Merah dan Zoo Taiping untuk projek Biology. selang seminggu, ke Kuala Lumpur untuk pertandingan public speaking. sekarang berada di tempat kelahiran Datuk Siti Nurhaliza, Kuala Lipis untuk pertandingan bahas ala parlimen untuk merebut piala Timbalan Menteri Pendidikan. pendek kata, kalau merungut mak abah tak bawak berjalan, memang mak abah patut sekeh la. haha

tadi masa perjalanan, kami lalu Cameron Highlands tau! huh. gila teruja la cikgu sorang ni tengok ladang bunga dan strawberri almaklumlah, kali terakhir menjejakkan kaki ke tanah tinggi ni masa tingkatan 4 dulu.. tapi tak bestla. tkde orang nak hadiahkan ros dah. hihi. tapi kan, melihatkan jalan dia yang berpusing-pusing amat, aku keluarkan tempat ni dari senarai impian bulan madu.

gatai. haha

encik-encik pensyarah dah janji nak singgah Cameron hala balik nanti. yang boy debaters ni pulak mencari pasal, masing-masing buat muka jambu, konon geli aku suka bunga. elehhh. kita tengok sikit sapa nak borong bunga sakan nantii.. haha


kami menginap di Lipis Plaza Hotel kat pekan Kuala Lipis. pekan ni kecil je. pekan Jitra lagi besar dan maju. tapi dari sudut natural, aku suka sini sebab suasananya yang sejuk dan nyaman. sampaikan tempat pertandingan; IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan ni atas bukit you! lawa dan besar. ada ATM siap. tak macam IPDA. mungkin sebab kedudukan dia yang ajak jauh dari pekan kot. pastu kan, asrama lelaki dia mengingatkan aku pada babak Summer Camp dalam Kuch-kuch Hota Hai. yang kita kena seberang jambatan untuk ke kem. serius cantik dan ada nilai sentimental.


oh melalut. asalnya nak cerita pasal debate. nantila aku sambung. aku nak cerita pasal sistem pertandingan kali ni. takde lagi sistem knockout atau liga. ada sistem baru. tunggu entri seterusnya!

2 comments:

pelangi hafyza said...

selamat datang ke lipis...
so cmne ngan lipis? hee
thanks sbb puji....
tp ATM tu pon baru ada...huhu

~ Lady Nad ~ said...

hai..selamat datang ke ipg afzan.. :)