Friendly Friends

October 13, 2011

Beralih Angin

assalamualaikum

okay serius bosan asyik cakap pasal bahas. kadang-kadang, aku anggap ni macam percutian je dan sepatutnya percutian tak boleh diganggu. tapi sapa cakap? di saat nak ketenangan tu la tiba-tiba diganggu gugat dengan masalah yang selama ni boleh sabar lagi

ye shaqirah sedang cuba bersabar. sedang cuba membaiki diri agar tak terlalu cepat melatah. cuba nak hadapi dengan senyuman tapi dah nama pun shaqirah kan, mudah sangat tersentuh dan menangis. sangat fragile. luaran je nama tough, tapi hakikatnya dalam hati ada jambatan gantung!

somehow, aku lebih suka nangis sebab aku akan lega bila nangis. aku tak perlu sesiapa untuk mendengar, cukup kalau dia bagi aku masa untuk menangis. then only aku akan cool dan boleh bercerita. terima kasih kepada insan-insan yang menghormati dan menerima cara aku meredakan ketegangan.

lain padang kan lain belalang...







No comments: