Friendly Friends

September 19, 2011

Save Us, Protect Us!

assalamualaikum

tu la rayuan Orang Utan yang aku jumpa kat Orang Utan Sanctuary kat Bukit Merah Laketown. depa minta diselamatkan, depa mintak dilindungi. tegarkah kita manusia untuk tidak mengendahkan rayuan dan rintihan depa?


comelkan dia? namanya Sara. kesian Sara. anak yatim piatu. tapi perangai sebijik macam manusia. hampa tau dak, DNA orang utan menyamai 97% DNA manusia? no wonder la baby dia boleh pegang botol susu, pakai pampers macam manusia dan tidur peluk teddy bear macam kita-kita jugak. haha. malu aku tengok dia peluk teddy bear. aku harap, aku tak serupa dia bila peluk bebear. haha


tahukah anda bahawa orang utan jugak mengalami haid macam mana wanita? cuma haid depa bukan dalam bentuk darah, tapi air kencing yang kotor. haha. kunjungilah mereka hari ini untuk berkenalan lebih rapat!

macam-macam ragam boleh kita tengok. tengok tu tengok jugak, tapi kena fikirla sama depa sekarang terancam. sebab apa? sebab kita manusia. sebab kita yang mengancam depa!


we, Science Teachers support the effort of protecting orang utan! be with us!