Friendly Friends

September 22, 2011

Pergaduhan Zaman Sekarang

assalamualaikum

facebook memang jadi fenomena. kalau mawi setakat jadi fenomena dalam kalangan segelintir kaum wanita, facebook pulak jadi fenomena seluruh dunia! kira sapa yang tak ada akaun facebook dikira tahan godaan dunia la kiranya.


sekarang, boleh dikatakan urusan rasmi jugak disampaikan menerusi facebook. tu sebab utama kenapa aku kena activate balik facebook lepas deactivate. kalau duduk hostel sebarang announcement jugak dibuat dalam facebook. menerusi facebook juga kita tau perkembangan kawan kita. pendek kata, facebook memang organizer kehidupan kita!


tapi yang tak sedapnya, segelintir manusia memang suka meluahkan rasa marah dan tak puas hati kat facebook.  kadang-kadang, ayat yang ditulis tu memang tersayat hati kalau dibaca, takde tapisan langsung. tulis dekat wall seolah-olah nak orang bagi perhatian pada kemarahan dia. seolah-olah nak orang support apa yang dia marahkan tu betul, sedangkan banyak benda yang boleh diselesaikan secara bersemuka. tapi peliknya, bila bersemuka, pandai pulak bermuka-muka. tunjuk muka manis (walau ada antaranya tunjuk muka tak puas hati). macam depa lupa apa yang pernah depa makikan kat facebook tu.


seolah-olah membuka keaiban sendiri dengan mengekspresikan kemarahan kat facebook. ALLAH dah tutup aib kita, kenapa perlukan kita mengaibkan diri sendiri dengan menunjukkan kekurangan diri yang tak mampu kawal emosi?


ya. aku tau jawapan kebanyakan hampa. jawapan tipikal kan? "kita manusia. ada masanya beremosi. nak marah2. nak berkongsi perasaan.. nak tanya pendapat orang lain.." tapi pernah ke kita terfikir perasaan orang yang baca? mungkin salah tu bukan di pihak dia. kita je terasa lebih. kalau orang tu selama ni layan kita dengan baik, kenapa dengan sedikit kekurangan dia pada satu masa, kita hebahkan seluruh dunia sedangkan kebaikan dia kita sembunyikan?


berfikirlah sebelum bercakap.. berpadalah masa bersuara... jangan terlalu turutkan nafsu amarah tu.. aku pun ada rasa marah, rasa terkilan, rasa bengang, sebab aku manusia macam hampa.. tapi seriously aku tak suka update status marah2 kat facebook. sebab takut terlebih-lebih. benda sikit dibanyakkan. benda kecil bertambah besar. benda pendek menjadi panjang berela-ela.


kita jugak kena fikir. janganla terlalu suka mengeluarkan statement pedas di facebook sebab takut, kita akan mintak pertolongan orang yang kita kutuk dan marah-marah tu.. hidup ni kan ibarat roda.. waktu kita di atas,jangan lupa yang bila-bila masa saja kita akan berada di bawah semula. takut nanti kita yang malu sendiri.. kutuk dia bagai nak rak, tapi nak mintak tolong kat dia jugak!


lainla kalau kita ni manusia super. boleh hidup sendirian.. tapi aku yakin yang roda akan terus berputar..




1 comment:

♥ MRS ZACKS ♥ said...

fb jdi tmpt lepas geram. mmg x ptut kan. dahlaa smua org leh thu. ish3