Friendly Friends

September 25, 2011

Menu Bujang ntuk Student *edisi jimat dan cepat*

assalamualaikum

aku rasa, tak rugi kalau hampa follow blog cekehen ni sebab banyak betul aku bagi tips penjimatan. tapi awas, tips ni hanya untuk mereka yang tak mudah diserang rasa bosan makan menu yang sama! aku ni takpe. asal ada nasi pun dah cukup. hikhik

menu pertama ialah sup kentang + suhun + telur. mudah dan cepat disediakan. aku? selagi kentang tak habis, selagi tu la aku buat sup ni. haha. kos hanya sekitar RM2.00 atau kurang per serving. ala, kentang murah je pun. 8 biji boleh dapat dalam kurang RM2. sekali beli tahan seminggu. suhun pulak sepaket RM1 je. beli sekali tahan 2 minggu. jimat.

ni resepi sup edisi bajet kita untuk dua orang:

1. 2 biji telur ayam gred C . haha. tak payah la pathetic sangat Qirah =.= . okay2. guna je gred apa yang ada.
2. 2 biji kentang dibelah empat.
3. suhun, jangan banyak sangat nanti kembang dan serap kuah sup.
4. lada hitam ditumbuk hancur.
5. bawang dan segala jenis halba sekiranya ada (orang bujang tak perlukan semua ni)
6. gula dan garam secukup rasa.

mula-mula rebus kentang dulu sebab dia ambil masa untuk empuk. kemudian masukkan bawang dan halba sekiranya ada. aku tak suka tumis bawag kalau buat sup. pastu, masukkan lada hitam. bila agak-agak kentang dah empuk, masukkan telur satu per satu. jangan kacau sebab nanti telur akan hancur. masukkan gula garam, garam lebih sikit sebab kentang akan serap rasa garam. tutup api dan apabila nak hidang, baru masukkan suhun.

tada! siap.

menu kedua yang paling ringkas tapi paling membuka selera. kita hanya perlukan segenggam ikan bilis yang telah direndam dan dibuang isi perutnya serta cabai kering yang dah direndam. juga bawang besar atau bawang merah mengikut citarasa.

goreng semuanya hingga naik bau. seriously membuka selera walaupun tak semewah mana!

kalau budget lebih pulak, aku beli ikan. ikan ni kira mewah sikit la dari bilis. menu dipelbagaikan setiap hari, antaranya masak kicap, masak asam, dan kalau ada santan paket tu, buat gulai atau masak lemak. bagi aku, duduk bujang dalam keadaan diri masih study ni tak perlu makan mewah-mewah. cukup untuk mengalas perut sebab banyak lagi kegunaan duit tu. apa lagi kawan-kawan, selamat mencuba!



sentiasa ada tomato untuk dibuat ulam sebab tak masak sayur :)


ada stok jeruk mempelam dalam peti ais hasil bedalan dari pokok depan makmal Biology. haha





2 comments:

khairul akmal bin azman said...

betul2 menjimatkan nie..hehe..

Tasha said...

halba tu ape? term negeri mn ni..hehe