Friendly Friends

September 25, 2011

Learn How to Let Go

assalamualaikum

penulisan kali ini ditujukan untuk seseorang. u know who u are. bet u'r smiling right now :)

aku bukanlah sesiapa untuk memberi pendapat. jauh sekali untuk menasihati. anggaplah penulisan ini peringatan kepada diri sendiri yang sedang asyik dilamun cinta dan untuk para gadis di luar sana. kerana diri kita, amat berharga :)

kehilangan cinta bukanlah sesuatu untuk ditangisi kerana belajar mencintai bermaksud belajar menerima hakikat sekiranya terpaksa berdepan dengan kehilangan. takde sapa pun nak kehilangan orang yang disayangi. sedangkan bertepuk sebelah tangan pun frust menonggeng, ni pulak yang dah declare sebagai pasangan kekasih.


apa ertinya bercinta sekiranya tidak direstui dan tidak diredhai? mashaALLAH. peringatan untuk diri sendiri juga.

kita selalu merintih dek kehilangan cinta, tapi pernahkah kita terfikir akan hikmah di sebalik kehilangan sebuah cinta?

ok girls. jom kita fikir sama-sama. bayangkan korang dengan sorang boy ni, yang baik budi pekertinya, yang indah akhlaknya, sama-sama suka. korang pun kapel tapi tiba-tiba, dia mintak putus sebab katanya, cinta tu takkan bermakna tanpa ikatan yang sah. apa perasaan korang?

come on.

aku nak cakap dalam bahasa mudah. just let him go.


untuk menambahkan kewarasan berfikir, aku nak cakap dalam bahasa mudah lagi iaitu sekurang-kurangnya, kita dan dia bertemu kerana ALLAH, berpisah juga kerana-Nya.

siapalah kita untuk meratapi nasib sedangkan jodoh kita sudah lama tertulis? apatah lagi perpisahan atas dasar kesedaran agama, bukannya wujud orang ketiga. ye aku tau. memang mudah sangat nak bercakap sebab tak alami kan? tapi sedarlah para gadis di luar sana, lepaskanlah dia agar dia berjaya menggapai impiannya!

bukan ke saya akan bahagia bila awak bahagia?

jika itu cara untuk dia meraih bahagia, doakanlah dia. sekiranya hati masih tegar mahukannya, berdoalah untuk kebaikan dirinya. tapi kalau ditakdirkan jodoh kita bukan dengan dia, terimalah dengan hati yang terbuka. ALLAH dah tetapkan yang terbaik untuk kita dan dia hanya hadir sebagai ujian dan penyeri untuk seketika.

beristikharahlah untuk cinta :)

hadapi dengan senyuman, bukan tangisan.

remember, big girls don't cry !


3 comments:

Anonymous said...

thanks k.qirah...
dh tbe mse dye kn..
^_^

Qirah Isa said...

aha:)
be strong. ALLAH dah tkdirkan hubungan korang macamni. mana tau, kalau2 ada kemanisannya? :)

mamawana said...

We must always be strong... Mama pernah kehilangan segalanya, love, rumah, kereta, ibu, ayah, abang kandung . His love and lots of love... all were gone. Sabar lah duhai hati. Lalu Allah swt gantikan dgn kasih sayang baru yg Maha Agung. Alhamdulillah.