Friendly Friends

September 9, 2011

Lagu-lagu Nostalgia Zaman Sekolah -part 1-

assalamualaikum


bumi Jenan memang menyimpan banyak kenangan. terlalu banyak sampaikan kadang-kadang tu, ternangis tergelak tersenyum sorang diri teringat kenangan di Jenan.

macam tu jugak tiapkali terdengar lagu kat radio ke kat laptop ke. terus aku terkenang zaman sekolah. kat sini aku nak listkan beberapa lagu malar segar so that kalau aku dah tua, aku mampu ingat lagi kenangan zaman persekolahan dan semoga entri kali ni jugak membangkitkan nostalgia buat rakan-rakan yang lain.

1. Ada Apa dengan Cinta

lagu ni femes masa aku tingkatan 1. siap masa orientasi, aku berlakon jadi heroin cerita ada apa dengan cinta. macam stupido je bila diingatkan balik. kenapalah aku berlakon watak cintan cintun macamtu? serius geli bila diingat balik. haha. seriously. haha. 

pastu hari Jumaat kat sekolah ada pasar malam. dan ada tayangan jugak kat Dataran Ilmu. bila dengar je ada tayangan ada apa dengan cinta, dengar kabarnya, berduyun-duyun orang terjah dataran. aku tak join. sebab hari Jumaat malam dah diperuntukkan untuk tunggu giliran kat public phone, bergayut dengan mak abah. pastu aku suka tengok cerita Charm.

macamtu la penangan ada apa dengan cinta! kawan se-dorm aku, Fizah siap ada trademark sendiri tentang ada apa dengan cinta. dengan suara dia yang besar, dia akan cakap macam ni, ' Ada apa dengan cinta? cinta itu buuutaa =.='

ngeng la hang Fizah!!!

Suatu masa telah terlewati
benci dan rindu merasuk di kalbu
ada apa dengan cintaku
sulit untuk aku ungkap semua
jangan pernah bibir tertutup
bicarakan semua yang kau rasakan
cinta itu kita kan rasa
bila sengsara hati kan merana
wahai pujangga cinta
biar membelai indah
teladani kalbuku
jujurlah pada hatimu
ada apa dengan cinta
perbedaan aku dan engkau
biar menjadi bait dalam puisi cinta terindah
andai bumi terbelah dua
biar kita tetap saling berpeluk

2. My Heart

lagu ni pulak jadi fenomena masa tingkatan 4. haha. cerita hambar yang buat aku tertidur lepas tak sampai sejam menonton kat bilik tv. tapi bila diingat balik, remaja umur-umur macam aku dulu tu memang suka benar cerita cinta yang ringan plot dia. pastu tak kira kat mana asal rasa nak nyanyi je, nyanyi tak kira tempat.

aku sebenarnya tak suka tengok cerita lelaki mempergunakan wanita untuk kepentingan dia. macam cerita ni, aku rasa dia bukan tak faham yang perempuan tu suka dia, tapi dia sengaja tutup mata. jaga friendship la konon. tapi kalau jaga friendship, kenapa selalu pentingkan cinta lebih dari persahabatan?

haha. emo tetiba.

di sini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia ku denganmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
pernahkah kau menguntai
hari-hari paling indah
terukir nama kita berdua
di sini surga kita
reff: bila kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang
if you love somebody could we be this strong
i willl fight to win, our love will conquer all
wouldn’t risk my love even just one night
our love will stay in my heart
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini surga kita
bilakah kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang

* aku rasa ada sorang ni suka benar lagu ni. asal aku lalu sebelah dia je, aku dengar dia menyanyi lagu ni. siapakah?

3. Pupus

lagu ni pulak mula didendangkan masa tingkatan 3. mashi la ni perkenalkan lagu ni kat aku. masa tu memang hot betul lagu Pupus. asal ada kugiran masa dinner, boys mainkan lagu Pupus. masa aku f4 pon lagu ni still femes. tiapkali aku prep, ada dinner kat dewan makan (DM) yang bertentang dengan kelas aku, mesti aku akan dengar lagu ni. bezanya bergantung pada penyanyi. best ke tak. haha

aku tak mengerti apa yang kurasa
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
meski kau takkan pernah tahu
aku persembahkan hidupku untukmu
telah kurelakan hatiku padamu
namun kau membisu diam seribu bahasa
dan hatiku bicara
baru kusedari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk seluruh hatiku
semoga aku akan memahami
 sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban 
dan akhirnya kau pun tahu
aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
meski kau takkan pernah tahu



notakaki: perasan tak, lagu yang kita minat masa zaman sekolah ni mesti ada kaitan ngan hidup kita? apa lagu feveret hampa?





No comments: