Friendly Friends

September 9, 2011

Jimat dan Sihat

assalamualaikum


pukul 8 pagi nanti aku dan classmates akan bertolak ke Taiping untuk lawatan sambil belajar. terasa bagai di sekolah. apa-apa pun, aku harap semuanya akan berjalan lancar.

tak terasa nak packing lagi. selalunya,kalau nak pegi mana-mana, walau dari rumah sewa nak balik rumah mak abah, dari rumah mak abah nak balik rumah sewa, aku akan siap packing sehari sebelum balik dan letak tepi siap-siap. tapi untuk kali ni, ntahla. lari dari kebiasaan.

sepatutnya aku kena tidur. sebab siang nanti nak bangun awal nak goreng kueteow untuk dibuat bekalan. pastu ada 4 orang kawan lagi yang hulur duit untuk nak kongsi makanan dengan aku. baguslah. kita sama-sama boleh berjimat. sekarang bukan masa untuk membazir. lagipun, aku mintak RM3 sorang, aku goreng bubuh ayam dan masukkan dalam tupperware. dengan RM3 tu jugak, cukup untuk beli 2 bungkus keropok sorang. biasalah. hidup kena pandai berjimat. alang-alang rumah dah ada dapur tu, manfaatkanlah. kalau nak makan kat RnR, takut berkenan macam-macam pulak.

berjimatla selagi boleh. segan nak mintak duit ngan mak abah kakak abang. umur makin meningkat, sepatutnya makin bijak menguruskan kewangan. dan hari ni, aku akan sentiasa cuba sediakan bekal ke mana-mana saja selagi ada benda boleh dimasak kat rumah ni.


nota kaki: sediakan makanan dari rumah bukan saja kita dapat menjamin kebersihan makanan, tapi boleh jugak mantapkan kemahiran memasak dan kita dapat pilih bahan-bahan segar dan mengandungi zat untuk dimakan! 

No comments: