Friendly Friends

September 3, 2011

Entri Dewasa. Jangan Baca Kalau Tak Cukup 18 tahun. tolonglahh!

assalamualaikum

lega. family kami selamat berjumpa buat kali pertama di rumah aku petang tadi. alhamdulillah. semoga semuanya berjalan lancar. 

abang aku jahat. dia usik aku habis.dia asyik ulang cakap, " Qira, this is ur chance to show ur abilities! yeah. chayokk!"

hampa semua expect tak ayat tu dari sorang abang? tobat aku geli hati dengan perangai dia. melebih-lebih. tapi bagus jugak. ada jugak yang tolong angkatkan dulang. bak kata dia," Untung betul ada anak teruna ni dalam rumah"

*sigh*

aku harap, penulisan ni tak membuatkan orang rasa aku nak show off. kalau aku nak show off, setiap entry aku tulis AMIR I LEBIU. no. aku bukan macam tu nak heboh rata yang aku ngan dia kapel. ramai je yang kapel. aku cuma harap aku komited. frankly speaking, aku komited dengan kerja tapi sepanjang hidup aku, ni kali pertama hubungan aku menjadi. sebelum ni bukan aku tak pernah suka orang dan orang tak pernah suka aku. tapi aku tak reti nak komited. yang suka aku, aku pun suka dia, tapi aku gitau dia aku tak suka dia. ada jugak yang tak sempat nak gitau, last-last masing-masing bawak haluan masing-masing.dan semuanya tak ada satu pun berakhir dengan persahabatan. entah salah di mana.

dengan mamat sorang ni, hati rasa terikat. takmau lepas. haha. such a brave confession! at this age, kita semua ada impian tentang masa depan. kita berharap yang cita-cita kita akan tercapai. kita berharap kita dapat pekerjaan yang kita idamkan, kita harap apa yang kita hajati akan kita miliki. lebih-lebih lagi para gadis, kita ada impian perkahwinan. tipula kalau tak tercuit langsung hati tu tengok gambar gaun lawa-lawa. seriously aku pun macam hampa. aku teringin nak tema warna pertunangan nanti gabungan warna pink dan purple. aku nak tema kahwin nanti warna hijau lumut keemasan. aku nak photoshoot kat padang golf dekat rumah aku. aku nak diarak dengan kereta kuda. aku nak macam2! dan aku harap, lelaki dalam impian aku itu adalah dia. dia. dia. hanya dia. amin.

aku bukan kapel untuk isi masa lapang. bukan jugak untuk habiskan kredit aku. dan semestinya bukan untuk tunjukkan pada semua yang aku jugak ada yang pandang. no. aku cuba untuk komited. aku yakin dia lelaki yang terbaik. bukan sahaja untuk aku tapi untuk sesiapa saja yang memilikinya. maka tidak wajarlah aku melepaskan seseorang yang aku yakini mampu membimbing aku, terima aku dan family aku seadanya. dan dengan dia, aku harap kami sama-sama dapat beriringan ke syurga. amin.

kami sama-sama melabur. kalau dia belanja aku nasi kandar, aku belanja dia KFC. kalau aku beli baju rm40 kat dia, dia pun beli baju yang sama harga kat aku. aku tak kisah kalau orang cakap, bila sekali dating, lelaki kena belanja semua. aku tak nak susahkan dia. aku takmau kalau Allah takdirkan hubungan kami setakat ni saja dan aku banyak habiskan duit dia. aku tak ada hak untuk habiskan duit dia. kami belum suami isteri yang sah. dia belum perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aku. tapi kalau nanti dah kawen pon tak mau bertanggungjawab, siapla. haha

aku simpan semua resit barangan yang aku beli untuk dia. aku nak semua tu sentiasa mengingatkan aku yang kami bukan sekadar berkorban masa tapi juga ringgit malaysia. maka hubungan ni perlu dijaga. jangan berani main mata dengan orang lain. jangan pernah berubah hati. jangan. sebab sama-sama suka, sama-sama saling melabur. haha


semoga dia satu untuk aku.


amin amin amin ya Rabbul Izzati.

6 comments:

Miss S.F.S said...

amir datang sorang ke dengan famili jgak?

Shaqirah said...

family. termasuk mak dia kakak dia abang ipar dia anak2 sedara dia!

Miss S.F.S said...

SERIOUS?????????

Shaqirah said...

seriously. 8 oran. penh 1 exora

Nur Yana said...

harharhar.. boleh blanja aku ice cream vanilla kot satu. wat tambah keberkatan n rezeki anak masa depan. ekekeke..

Anonymous said...

sukanya bila dpt tgk keseriusan lelaki nk jd kn kte teman hidup dy.hehe.
..tp segan gak la smpai ipar2 dtg.hehe