Friendly Friends

September 22, 2011

Bayangkan anda seorang guru, cukup untuk sejam sahaja!

assalamualaikum

ya. aku takmau hampa semua fikir lama-lama. bayangkan hampa seorang guru untuk 30 minit ja. mengajar di sebuah sekolah rendah yang majoriti muridnya berasal dari keluarga berada dan berbahasa Inggeris sepenuhnya di rumah. bayangkan.

bayangkan hampa kena ajar PJ. di padang sekolah yang luas dan ada pakcik tengah mesin rumput. suara hampa dahla sedia perlahan, sekali tempik boleh pecah suara. tiba2 melintas pulak jet pejuang rendah atas kepala. suara hampa tentu makin tenggelam kan?

murid seramai 36 orang. yang lelakinya suka tunjukkan muka tak puas hati. ada katanya, cikgu mengajar macamla kami ni darjah 1. ada jugak yang main baling-baling rumput yang pakcik potong tadi. hei! kamu ingat main snowball ke ha? kamu memang uji kesabaran cikgu.

yang perempuannya, Cikgu, tolong pegangkan jam Baby-G saya, cikgu, there's a girl crying over there! oh. kamu semua bikin cikgu kagum ya!

bayangkan kalau hampa di tempat kami.




menjadi seorang pendidik tidaklah semudah yang disangka. ramai yang cakap, kerja cikgu la yang paling mudah... balik kerja awal, tugasan pun mudah. cukup bulan dapat gaji. tapi pernah terfikir tak, tugas pendidik ni menbentuk manusia. tambah-tambah cikgu sekolah rendah macam kami. kami yang akan bentuk budk tu, sama ada ke sekolah SBP atau harian biasa. sama ada yakin atau kurang keyakinan diri. sama ada bersopan atau bangga diri. kan melentur buluh biarlah dari rebungnya? ya. tugas kami adalah melentur rebung itu! lagipun, zaman sekarang, budaknya tak sama macam zaman kita dulu... kan?

1 comment:

Miss S.F.S said...

hg kerja sekolah mana?