Friendly Friends

September 30, 2011

Kembali

assalamualaikum

bertahun.

bertahun lamanya lepas aku tinggalkan arena perbahasan. kini kembali untuk pulihkan hati yang semakin kritikal.







what goes around comes around.
you've hurt people badly
and the time has come for you to get hurt!






Tak Ada Niat

assalamualaikum

kembali dalam mood serabut. entahlah. mungkin kena elakkan berseorangan sebab possibility untuk menangis adalah tinggi.
masak, tapi makan tak sampai sesenduk. pastu humbam dalam tong. membazir, tapi siapa nak habiskan sisa aku? maaf. takde selera.

malam-malam tidur bertemankan album di sebelah bantal.

dah tak boleh tengok movie jugak sebab bila tengok hero usha awek dia sambil senyum, aku akan mula rasa nak nangis.

buka blog, tapi tak rasa nak update.

mashaALLAH. tersasar jauh nampaknya. terpaksa akur bahawa si dia tak boleh menggunakan telefon.

sabar.

September 28, 2011

Alhamdulillah

assalamualaikum


alhamdulillah. abah dah selamat menjalani pembedahan memasukkan lens dalam mata. sebelum ni, mata abah teruk sangat. tak boleh kena cahaya lebih-lebih, silau yang amat. sebab tu abah setuju jugak operate sebab nak bergerak mana-mana sendiri pun payah.


well, nama pun tak sakit kan.. sehari sebelum pembedahan, abah dah kena stay kat wad. ce tengok gambar orang sihat bila kena tahan kat wad!




kami dah pesan kat abah suruh duduk elok-elok. haha. tau apa abah cakap? abah cakap, rilek la. abah memang tak sakit. haha

silap besar aku tak ambil gambar tray makanan abah. licin tau! orang lain tak lalu makan sebab tak sihat, abah yang sihat walafiat berjaya menghabiskan makanan dengan cepat dan jayanya. haha

abah oh abah!

semoga abah terus sihat di samping mak dan anak-anak tersayang! kak Qirah sayang abah sangat-sangat!

September 26, 2011

aku dah deactivate facebook

give me some space

nak pergi mencari diri

rasa kosong je selama ni

bila dah tenang, aku akan kembali memeriahkan dunia penulisan dengan penulisan aku yang tak seberapa

aku tabah. jangan risau.


amirah samat, happy birthday.

selamat tinggal dunia maya.

September 25, 2011

Menu Bujang tadi

assalamualaikum


rini mewah sikit. telur ganti tauhu jepun/ tauhu telur. haha

Learn How to Let Go

assalamualaikum

penulisan kali ini ditujukan untuk seseorang. u know who u are. bet u'r smiling right now :)

aku bukanlah sesiapa untuk memberi pendapat. jauh sekali untuk menasihati. anggaplah penulisan ini peringatan kepada diri sendiri yang sedang asyik dilamun cinta dan untuk para gadis di luar sana. kerana diri kita, amat berharga :)

kehilangan cinta bukanlah sesuatu untuk ditangisi kerana belajar mencintai bermaksud belajar menerima hakikat sekiranya terpaksa berdepan dengan kehilangan. takde sapa pun nak kehilangan orang yang disayangi. sedangkan bertepuk sebelah tangan pun frust menonggeng, ni pulak yang dah declare sebagai pasangan kekasih.


apa ertinya bercinta sekiranya tidak direstui dan tidak diredhai? mashaALLAH. peringatan untuk diri sendiri juga.

kita selalu merintih dek kehilangan cinta, tapi pernahkah kita terfikir akan hikmah di sebalik kehilangan sebuah cinta?

ok girls. jom kita fikir sama-sama. bayangkan korang dengan sorang boy ni, yang baik budi pekertinya, yang indah akhlaknya, sama-sama suka. korang pun kapel tapi tiba-tiba, dia mintak putus sebab katanya, cinta tu takkan bermakna tanpa ikatan yang sah. apa perasaan korang?

come on.

aku nak cakap dalam bahasa mudah. just let him go.


untuk menambahkan kewarasan berfikir, aku nak cakap dalam bahasa mudah lagi iaitu sekurang-kurangnya, kita dan dia bertemu kerana ALLAH, berpisah juga kerana-Nya.

siapalah kita untuk meratapi nasib sedangkan jodoh kita sudah lama tertulis? apatah lagi perpisahan atas dasar kesedaran agama, bukannya wujud orang ketiga. ye aku tau. memang mudah sangat nak bercakap sebab tak alami kan? tapi sedarlah para gadis di luar sana, lepaskanlah dia agar dia berjaya menggapai impiannya!

bukan ke saya akan bahagia bila awak bahagia?

jika itu cara untuk dia meraih bahagia, doakanlah dia. sekiranya hati masih tegar mahukannya, berdoalah untuk kebaikan dirinya. tapi kalau ditakdirkan jodoh kita bukan dengan dia, terimalah dengan hati yang terbuka. ALLAH dah tetapkan yang terbaik untuk kita dan dia hanya hadir sebagai ujian dan penyeri untuk seketika.

beristikharahlah untuk cinta :)

hadapi dengan senyuman, bukan tangisan.

remember, big girls don't cry !


Menu Bujang ntuk Student *edisi jimat dan cepat*

assalamualaikum

aku rasa, tak rugi kalau hampa follow blog cekehen ni sebab banyak betul aku bagi tips penjimatan. tapi awas, tips ni hanya untuk mereka yang tak mudah diserang rasa bosan makan menu yang sama! aku ni takpe. asal ada nasi pun dah cukup. hikhik

menu pertama ialah sup kentang + suhun + telur. mudah dan cepat disediakan. aku? selagi kentang tak habis, selagi tu la aku buat sup ni. haha. kos hanya sekitar RM2.00 atau kurang per serving. ala, kentang murah je pun. 8 biji boleh dapat dalam kurang RM2. sekali beli tahan seminggu. suhun pulak sepaket RM1 je. beli sekali tahan 2 minggu. jimat.

ni resepi sup edisi bajet kita untuk dua orang:

1. 2 biji telur ayam gred C . haha. tak payah la pathetic sangat Qirah =.= . okay2. guna je gred apa yang ada.
2. 2 biji kentang dibelah empat.
3. suhun, jangan banyak sangat nanti kembang dan serap kuah sup.
4. lada hitam ditumbuk hancur.
5. bawang dan segala jenis halba sekiranya ada (orang bujang tak perlukan semua ni)
6. gula dan garam secukup rasa.

mula-mula rebus kentang dulu sebab dia ambil masa untuk empuk. kemudian masukkan bawang dan halba sekiranya ada. aku tak suka tumis bawag kalau buat sup. pastu, masukkan lada hitam. bila agak-agak kentang dah empuk, masukkan telur satu per satu. jangan kacau sebab nanti telur akan hancur. masukkan gula garam, garam lebih sikit sebab kentang akan serap rasa garam. tutup api dan apabila nak hidang, baru masukkan suhun.

tada! siap.

menu kedua yang paling ringkas tapi paling membuka selera. kita hanya perlukan segenggam ikan bilis yang telah direndam dan dibuang isi perutnya serta cabai kering yang dah direndam. juga bawang besar atau bawang merah mengikut citarasa.

goreng semuanya hingga naik bau. seriously membuka selera walaupun tak semewah mana!

kalau budget lebih pulak, aku beli ikan. ikan ni kira mewah sikit la dari bilis. menu dipelbagaikan setiap hari, antaranya masak kicap, masak asam, dan kalau ada santan paket tu, buat gulai atau masak lemak. bagi aku, duduk bujang dalam keadaan diri masih study ni tak perlu makan mewah-mewah. cukup untuk mengalas perut sebab banyak lagi kegunaan duit tu. apa lagi kawan-kawan, selamat mencuba!



sentiasa ada tomato untuk dibuat ulam sebab tak masak sayur :)


ada stok jeruk mempelam dalam peti ais hasil bedalan dari pokok depan makmal Biology. haha





September 24, 2011

Terubat.

assalamualaikum

alarm aku pagi ni adalah call dari amir. panggilan kedua dalam tempoh seminggu dia kat sana. kali ni 20 minit. hari tu 5 minit je. dia cakap, angkat sumpah hari Isnin ni, dan akan dapat 3 uniform. aku teringin nak tengok dia dalam uniform tapi apakan daya.

Januari depan baru dia dapat cuti. dan aku tau.. ye, paham sangat dah. bila dia janji nak bawak aku makan apa saja yang aku nak, maknanya dia tau aku akan hepi dengarnya. haha. dah dua hari aku terlupa makan nasi dan macam aku cakap kat Haizum, aku harap aku terus terlupa. 

Wanita Yang Kau Pilih - Rossa

malam selalu panjang
di waktu aku merindukanmu
kau bisa menjaga aku
hingga diriku merasa teduh

aku seperti kamu
menginginkan dan memerlukanmu
karena kita tak mampu
untuk selalu pergi menjauh

reff: kau jadikan aku ini
wanita yang kau pilih
untuk jadi kekasihmu

dan kau pun telah aku minta
setia sepertiku
hingga waktunya tiba

aku percaya penuh
kau kan buatku bahagia
karena cinta tercipta
datangnya dari dalam hatiku


 miss you!


September 23, 2011

assalamualaikum

bang, malam ni ayg nangis lagi lepas abg pegi. ada org cakap, abg bukan pegi oversea pun yg ayg nak sedih2... ayg tambah sedih bila dia tulis gitu. agaknya dia tak pernah rasa, atau bagi dia, tu masih gurauan macam selalu dia buat kot.

tension la bang. lab report ada 3 kena hantar ahad ni. tambah pulak dengan 1 rancangan pengajaran dan bahan bantu mengajar yang bukan 1, tapi dua! memangla kalau abg ada pun kita takkan mesej masa ayg tengah buat kerja tapi feel tu lain sekarang. sangat lain..

abg tau tak, dari kemarin ayg tak makan nasi. bukannya diet tapi terlupa. ada ke orang terlupa makan? pelik kan. tapi memang dah dua hari tak makan nasi. sedar2 hari dah malam.

ada masanya, ayg harap kerja semakin banyak sebab sekurang-kurangnya takdela rasa bosan dan nak capai henset je. tapi bila kerja bertimbun, rasa macam dah all out. penat sangat..

mak abang telefon ayg semalam. kami sembang pasal abg. kami yakin abg mampu realisasikan impian abg. kami kat sini sentiasa sokong abg.

abg,

cepatla balik...

sape nak gurau2 ngan ayg masa ayg tension macam ni...

cepatla balik..

my life is getting tougher every passing day. nak cerita kat mak abah takut depa risau. last-last berkurung dalam bilik, mengadu nasib pada ALLAH. hanya Dia tempat mengadu. tapi dengan kehadiran abg dulu, abg tetap setia mendengar dan beri nasihat. sekarang ni sorang je.

selalu sangat ternangis sorang diri.

balikla cepat..

abg, jangan lupa tau abah ada operation hari Isnin ni.. ayg mungkin akan berulang balik rumah dalam 3 hari tu. doakan segalanya yang terbaik.

tiba2 rasa nak lari dari kenyataan. sekurang-kurangnya untuk malam ni.

sebab esok, bermula lagi hari baru tanpa abang...



September 22, 2011

Bayangkan anda seorang guru, cukup untuk sejam sahaja!

assalamualaikum

ya. aku takmau hampa semua fikir lama-lama. bayangkan hampa seorang guru untuk 30 minit ja. mengajar di sebuah sekolah rendah yang majoriti muridnya berasal dari keluarga berada dan berbahasa Inggeris sepenuhnya di rumah. bayangkan.

bayangkan hampa kena ajar PJ. di padang sekolah yang luas dan ada pakcik tengah mesin rumput. suara hampa dahla sedia perlahan, sekali tempik boleh pecah suara. tiba2 melintas pulak jet pejuang rendah atas kepala. suara hampa tentu makin tenggelam kan?

murid seramai 36 orang. yang lelakinya suka tunjukkan muka tak puas hati. ada katanya, cikgu mengajar macamla kami ni darjah 1. ada jugak yang main baling-baling rumput yang pakcik potong tadi. hei! kamu ingat main snowball ke ha? kamu memang uji kesabaran cikgu.

yang perempuannya, Cikgu, tolong pegangkan jam Baby-G saya, cikgu, there's a girl crying over there! oh. kamu semua bikin cikgu kagum ya!

bayangkan kalau hampa di tempat kami.




menjadi seorang pendidik tidaklah semudah yang disangka. ramai yang cakap, kerja cikgu la yang paling mudah... balik kerja awal, tugasan pun mudah. cukup bulan dapat gaji. tapi pernah terfikir tak, tugas pendidik ni menbentuk manusia. tambah-tambah cikgu sekolah rendah macam kami. kami yang akan bentuk budk tu, sama ada ke sekolah SBP atau harian biasa. sama ada yakin atau kurang keyakinan diri. sama ada bersopan atau bangga diri. kan melentur buluh biarlah dari rebungnya? ya. tugas kami adalah melentur rebung itu! lagipun, zaman sekarang, budaknya tak sama macam zaman kita dulu... kan?

Pergaduhan Zaman Sekarang

assalamualaikum

facebook memang jadi fenomena. kalau mawi setakat jadi fenomena dalam kalangan segelintir kaum wanita, facebook pulak jadi fenomena seluruh dunia! kira sapa yang tak ada akaun facebook dikira tahan godaan dunia la kiranya.


sekarang, boleh dikatakan urusan rasmi jugak disampaikan menerusi facebook. tu sebab utama kenapa aku kena activate balik facebook lepas deactivate. kalau duduk hostel sebarang announcement jugak dibuat dalam facebook. menerusi facebook juga kita tau perkembangan kawan kita. pendek kata, facebook memang organizer kehidupan kita!


tapi yang tak sedapnya, segelintir manusia memang suka meluahkan rasa marah dan tak puas hati kat facebook.  kadang-kadang, ayat yang ditulis tu memang tersayat hati kalau dibaca, takde tapisan langsung. tulis dekat wall seolah-olah nak orang bagi perhatian pada kemarahan dia. seolah-olah nak orang support apa yang dia marahkan tu betul, sedangkan banyak benda yang boleh diselesaikan secara bersemuka. tapi peliknya, bila bersemuka, pandai pulak bermuka-muka. tunjuk muka manis (walau ada antaranya tunjuk muka tak puas hati). macam depa lupa apa yang pernah depa makikan kat facebook tu.


seolah-olah membuka keaiban sendiri dengan mengekspresikan kemarahan kat facebook. ALLAH dah tutup aib kita, kenapa perlukan kita mengaibkan diri sendiri dengan menunjukkan kekurangan diri yang tak mampu kawal emosi?


ya. aku tau jawapan kebanyakan hampa. jawapan tipikal kan? "kita manusia. ada masanya beremosi. nak marah2. nak berkongsi perasaan.. nak tanya pendapat orang lain.." tapi pernah ke kita terfikir perasaan orang yang baca? mungkin salah tu bukan di pihak dia. kita je terasa lebih. kalau orang tu selama ni layan kita dengan baik, kenapa dengan sedikit kekurangan dia pada satu masa, kita hebahkan seluruh dunia sedangkan kebaikan dia kita sembunyikan?


berfikirlah sebelum bercakap.. berpadalah masa bersuara... jangan terlalu turutkan nafsu amarah tu.. aku pun ada rasa marah, rasa terkilan, rasa bengang, sebab aku manusia macam hampa.. tapi seriously aku tak suka update status marah2 kat facebook. sebab takut terlebih-lebih. benda sikit dibanyakkan. benda kecil bertambah besar. benda pendek menjadi panjang berela-ela.


kita jugak kena fikir. janganla terlalu suka mengeluarkan statement pedas di facebook sebab takut, kita akan mintak pertolongan orang yang kita kutuk dan marah-marah tu.. hidup ni kan ibarat roda.. waktu kita di atas,jangan lupa yang bila-bila masa saja kita akan berada di bawah semula. takut nanti kita yang malu sendiri.. kutuk dia bagai nak rak, tapi nak mintak tolong kat dia jugak!


lainla kalau kita ni manusia super. boleh hidup sendirian.. tapi aku yakin yang roda akan terus berputar..




September 19, 2011

First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

assalamualaikum


hadiah yang diingini? oh. mestilah domain! :)

jom join!


Save Us, Protect Us!

assalamualaikum

tu la rayuan Orang Utan yang aku jumpa kat Orang Utan Sanctuary kat Bukit Merah Laketown. depa minta diselamatkan, depa mintak dilindungi. tegarkah kita manusia untuk tidak mengendahkan rayuan dan rintihan depa?


comelkan dia? namanya Sara. kesian Sara. anak yatim piatu. tapi perangai sebijik macam manusia. hampa tau dak, DNA orang utan menyamai 97% DNA manusia? no wonder la baby dia boleh pegang botol susu, pakai pampers macam manusia dan tidur peluk teddy bear macam kita-kita jugak. haha. malu aku tengok dia peluk teddy bear. aku harap, aku tak serupa dia bila peluk bebear. haha


tahukah anda bahawa orang utan jugak mengalami haid macam mana wanita? cuma haid depa bukan dalam bentuk darah, tapi air kencing yang kotor. haha. kunjungilah mereka hari ini untuk berkenalan lebih rapat!

macam-macam ragam boleh kita tengok. tengok tu tengok jugak, tapi kena fikirla sama depa sekarang terancam. sebab apa? sebab kita manusia. sebab kita yang mengancam depa!


we, Science Teachers support the effort of protecting orang utan! be with us!

Public Speaking Competition 2011

assalamualaikum

baru sampai dari KL petang kemarin. penat. amat penat. lagi penat bila ada assignment kena submit hari ni. maafkan saya pensyarah yang terlibat, saya tak mampu nak selesaikan tugasan ni dalam masa kurang 24jam. saya akui pengurusan masa saya amat lemah. maafkan saya. saya janji saya akan hantar esok, lepas saya update blog ni saya akan terus sambng buat assignment. hihi
http://www.smileycodes.info

pasal public speaking? nampaknya rezeki tak menyebelahi aku. tapi to be honest, aku yakin aku dah buat yang terbaik. aku tak lupa sepatah perkataan pun untuk prepared speech dan untuk impromptu, aku rasa aku mampu elaborate 3 points, cumanya tak sempat nak conclude.

tapi aku sangat terkilan sebab untuk prepared speech, topik yang aku bawak tu terkeluar tema. tapi kami memang tak tau langsung! ingatkan temanya pasal Empowering Girls Power will Change the World. sebab tu aku cakap pasal Compassion tapi rupanya, temanya pasal Gender Bias. sedih. sedih amat. takleh tahan mata dari menangis sebab aku rasa aku dah all out! aku cuba beranikan diri dengan join competition ni. first time aku join benda-benda bercakap dalam english ni. setakat kuiz BI tu adala tapi tak perlu bercakap sangat. ni aku kena berdepan dengan khalayak yang ramai. tambah-tambah bila impromptu, kami kena bercakap depan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muda Perak. nervous tau!

ada benda dalam hidup ni yang bila kita tau kita main-main, kita takkan frust bila tak dapat. dan aku tak boleh terima aku tak dapat sebarang tempat sebab aku totally out of topic. tapi aku takkan salahkan sesiapa atau apa-apa sebab aku apat pengalaman yang orang lain tak dapat. menyertai public speaking peringkat kebangsaan berbekalkan penguasaan bahasa Inggeris yang ciput. dapat sijil dan voucher buku MPH. bolehla aku beli buku Thanks for the Memories karya Cecilia Ahern yang aku idamkan dah lama tu!

oh, btw, semenjak Amir takde, aku dah mula abaikan henset Celcom tu. cuma pegang Maxis je sebab maxis tu untuk family. agaknya tak topup Celcom seminggu pun takpe! abg, jangan risau. hidup baik-baik. i am a big girl. and big girl doesn't cry. :)

September 12, 2011

Koleksi Tudung Bawal

assalamualaikum


3 warna biru, 2 warna kuning, 2 oren, 3 hijau, 1 merah, 2 hitam, 2 kelabu, 3 pink, 1 ungu, 1 krim, 1 putih. aku rasa dah cukup. haha.warna koko tengah basuh, tak sempat nak masuk gambar. 

orang lain buat koleksi selendang, aku ada koleksi tudung bawal :)





btw, aku akan bertolak ke KL Jumaat ni. Sabtu aku akan bertanding untuk public speaking. doakan aku tak lupa teks! aku slow sikit bab menghafal ni. haha


Baru Dilanda Demam Kpop

assalamualaikum

aku sebenarnya kesian kat diri sendiri yang banyak tertinggal kereta api. orang lain dah belit kepala dengan macam-macam jenis dan cara pemakaian shawls, aku baru je mula pakai 3 hari lepas. orang dah lama heboh pasal Kpop, aku baru mencari apa yang dimaksudkan dengan Kpop dan apa yang menarik sangat dengan depa ni sampai boleh jadi fenomena.

aku bukannya tak minat langsung dengan korea-korea ni. aku tengok la jugak drama korea. antaranya Winter Sonata, Autumn in My Heart, Full House, My Girl, My Girlfriend is GuMiho. aku tau la hampa gelak sebab cerita ni awal-awal duluuuu lama duluuuu kan? haha. aku sebenarnya tak berapa minat dengan drama sebab malas nak tunggu habiskan episod demi episod. 

sambungan daripada drama-drama ni, aku tengok Family Outing. pastu, aku berhenti lama.. sampaila hari ni, aku google cari SNSD. perkataan ni pun aku dapat dari Family Outing. haha. ni hasil yang pakcik google bgi aku:


aku jumpa budak comel!

September 10, 2011

First time pakai shawl!

assalamualaikum

ye. aku tau buruk.. tapi aku saja nak tunjuk ketembaman pipi aku dan penambahburukan muka aku bila pakai shawl.

tudung bawal yang aku pakai sejak dia wujud =.=
burokk

September 9, 2011

Lagu-lagu Nostalgia Zaman Sekolah -part 1-

assalamualaikum


bumi Jenan memang menyimpan banyak kenangan. terlalu banyak sampaikan kadang-kadang tu, ternangis tergelak tersenyum sorang diri teringat kenangan di Jenan.

macam tu jugak tiapkali terdengar lagu kat radio ke kat laptop ke. terus aku terkenang zaman sekolah. kat sini aku nak listkan beberapa lagu malar segar so that kalau aku dah tua, aku mampu ingat lagi kenangan zaman persekolahan dan semoga entri kali ni jugak membangkitkan nostalgia buat rakan-rakan yang lain.

1. Ada Apa dengan Cinta

lagu ni femes masa aku tingkatan 1. siap masa orientasi, aku berlakon jadi heroin cerita ada apa dengan cinta. macam stupido je bila diingatkan balik. kenapalah aku berlakon watak cintan cintun macamtu? serius geli bila diingat balik. haha. seriously. haha. 

pastu hari Jumaat kat sekolah ada pasar malam. dan ada tayangan jugak kat Dataran Ilmu. bila dengar je ada tayangan ada apa dengan cinta, dengar kabarnya, berduyun-duyun orang terjah dataran. aku tak join. sebab hari Jumaat malam dah diperuntukkan untuk tunggu giliran kat public phone, bergayut dengan mak abah. pastu aku suka tengok cerita Charm.

macamtu la penangan ada apa dengan cinta! kawan se-dorm aku, Fizah siap ada trademark sendiri tentang ada apa dengan cinta. dengan suara dia yang besar, dia akan cakap macam ni, ' Ada apa dengan cinta? cinta itu buuutaa =.='

ngeng la hang Fizah!!!

Suatu masa telah terlewati
benci dan rindu merasuk di kalbu
ada apa dengan cintaku
sulit untuk aku ungkap semua
jangan pernah bibir tertutup
bicarakan semua yang kau rasakan
cinta itu kita kan rasa
bila sengsara hati kan merana
wahai pujangga cinta
biar membelai indah
teladani kalbuku
jujurlah pada hatimu
ada apa dengan cinta
perbedaan aku dan engkau
biar menjadi bait dalam puisi cinta terindah
andai bumi terbelah dua
biar kita tetap saling berpeluk

2. My Heart

lagu ni pulak jadi fenomena masa tingkatan 4. haha. cerita hambar yang buat aku tertidur lepas tak sampai sejam menonton kat bilik tv. tapi bila diingat balik, remaja umur-umur macam aku dulu tu memang suka benar cerita cinta yang ringan plot dia. pastu tak kira kat mana asal rasa nak nyanyi je, nyanyi tak kira tempat.

aku sebenarnya tak suka tengok cerita lelaki mempergunakan wanita untuk kepentingan dia. macam cerita ni, aku rasa dia bukan tak faham yang perempuan tu suka dia, tapi dia sengaja tutup mata. jaga friendship la konon. tapi kalau jaga friendship, kenapa selalu pentingkan cinta lebih dari persahabatan?

haha. emo tetiba.

di sini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia ku denganmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
pernahkah kau menguntai
hari-hari paling indah
terukir nama kita berdua
di sini surga kita
reff: bila kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang
if you love somebody could we be this strong
i willl fight to win, our love will conquer all
wouldn’t risk my love even just one night
our love will stay in my heart
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini surga kita
bilakah kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang

* aku rasa ada sorang ni suka benar lagu ni. asal aku lalu sebelah dia je, aku dengar dia menyanyi lagu ni. siapakah?

3. Pupus

lagu ni pulak mula didendangkan masa tingkatan 3. mashi la ni perkenalkan lagu ni kat aku. masa tu memang hot betul lagu Pupus. asal ada kugiran masa dinner, boys mainkan lagu Pupus. masa aku f4 pon lagu ni still femes. tiapkali aku prep, ada dinner kat dewan makan (DM) yang bertentang dengan kelas aku, mesti aku akan dengar lagu ni. bezanya bergantung pada penyanyi. best ke tak. haha

aku tak mengerti apa yang kurasa
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
meski kau takkan pernah tahu
aku persembahkan hidupku untukmu
telah kurelakan hatiku padamu
namun kau membisu diam seribu bahasa
dan hatiku bicara
baru kusedari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk seluruh hatiku
semoga aku akan memahami
 sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban 
dan akhirnya kau pun tahu
aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
meski kau takkan pernah tahu



notakaki: perasan tak, lagu yang kita minat masa zaman sekolah ni mesti ada kaitan ngan hidup kita? apa lagu feveret hampa?





Jimat dan Sihat

assalamualaikum


pukul 8 pagi nanti aku dan classmates akan bertolak ke Taiping untuk lawatan sambil belajar. terasa bagai di sekolah. apa-apa pun, aku harap semuanya akan berjalan lancar.

tak terasa nak packing lagi. selalunya,kalau nak pegi mana-mana, walau dari rumah sewa nak balik rumah mak abah, dari rumah mak abah nak balik rumah sewa, aku akan siap packing sehari sebelum balik dan letak tepi siap-siap. tapi untuk kali ni, ntahla. lari dari kebiasaan.

sepatutnya aku kena tidur. sebab siang nanti nak bangun awal nak goreng kueteow untuk dibuat bekalan. pastu ada 4 orang kawan lagi yang hulur duit untuk nak kongsi makanan dengan aku. baguslah. kita sama-sama boleh berjimat. sekarang bukan masa untuk membazir. lagipun, aku mintak RM3 sorang, aku goreng bubuh ayam dan masukkan dalam tupperware. dengan RM3 tu jugak, cukup untuk beli 2 bungkus keropok sorang. biasalah. hidup kena pandai berjimat. alang-alang rumah dah ada dapur tu, manfaatkanlah. kalau nak makan kat RnR, takut berkenan macam-macam pulak.

berjimatla selagi boleh. segan nak mintak duit ngan mak abah kakak abang. umur makin meningkat, sepatutnya makin bijak menguruskan kewangan. dan hari ni, aku akan sentiasa cuba sediakan bekal ke mana-mana saja selagi ada benda boleh dimasak kat rumah ni.


nota kaki: sediakan makanan dari rumah bukan saja kita dapat menjamin kebersihan makanan, tapi boleh jugak mantapkan kemahiran memasak dan kita dapat pilih bahan-bahan segar dan mengandungi zat untuk dimakan! 

September 7, 2011

Hening Pagi

assalamualaikum

orang lain tengah sedap tidur, aku pulak bersengkang mata buat jadual memasak untuk perkhemahan nanti. disebabkan AJK, terpaksalah letak nama dua kali sebab tak cukup orang. sekali untuk lunch dan sekali lagi untuk dinner.

pura-pura sakit hati padahal sebenarnya seronok sangat sebab boleh escape aktiviti! haha

eh hampa semua! aku dah try minum Clenx tea tadi. nak cakap macam mana eh? bau dia macam inai. ala, inai yang pengantin pakai tu. dia tak ada rasa tapi bau tu serba sikit menjejaskan tumpuan. so far, masih mampu diteguk.

perut asyik kembung ja kebelakangan ni. harapnya teh ni dapat membantu.

sambil menaip, aku dengar lagu. ada satu lagu yang aku tak pernah bosan iaitu lagu Mengapa Dirindu. yelah. buat apa nak rindu sedangkan dia tak tahu? *kenyataan umum, tidak merujuk kepada sesiapa*

ntah-ntah, kewujudan kita juga sudah dilupakan.

dah-dah. abaikan semua tu,

Tolong betulkan header saya!

assalamualaikum.

nak mintak bantuan kawan2 bloggers.. sapa yang baik hati, tolong saya.. saya takde photoshop. doodle tu pun hadiah Cik Zety. sobsobsob. saya cuma nak dia berada pada saiz dan kedudukan yang betul, pastu transparent... tu je. plis2.. sobsob

September 3, 2011

Entri Dewasa. Jangan Baca Kalau Tak Cukup 18 tahun. tolonglahh!

assalamualaikum

lega. family kami selamat berjumpa buat kali pertama di rumah aku petang tadi. alhamdulillah. semoga semuanya berjalan lancar. 

abang aku jahat. dia usik aku habis.dia asyik ulang cakap, " Qira, this is ur chance to show ur abilities! yeah. chayokk!"

hampa semua expect tak ayat tu dari sorang abang? tobat aku geli hati dengan perangai dia. melebih-lebih. tapi bagus jugak. ada jugak yang tolong angkatkan dulang. bak kata dia," Untung betul ada anak teruna ni dalam rumah"

*sigh*

aku harap, penulisan ni tak membuatkan orang rasa aku nak show off. kalau aku nak show off, setiap entry aku tulis AMIR I LEBIU. no. aku bukan macam tu nak heboh rata yang aku ngan dia kapel. ramai je yang kapel. aku cuma harap aku komited. frankly speaking, aku komited dengan kerja tapi sepanjang hidup aku, ni kali pertama hubungan aku menjadi. sebelum ni bukan aku tak pernah suka orang dan orang tak pernah suka aku. tapi aku tak reti nak komited. yang suka aku, aku pun suka dia, tapi aku gitau dia aku tak suka dia. ada jugak yang tak sempat nak gitau, last-last masing-masing bawak haluan masing-masing.dan semuanya tak ada satu pun berakhir dengan persahabatan. entah salah di mana.

dengan mamat sorang ni, hati rasa terikat. takmau lepas. haha. such a brave confession! at this age, kita semua ada impian tentang masa depan. kita berharap yang cita-cita kita akan tercapai. kita berharap kita dapat pekerjaan yang kita idamkan, kita harap apa yang kita hajati akan kita miliki. lebih-lebih lagi para gadis, kita ada impian perkahwinan. tipula kalau tak tercuit langsung hati tu tengok gambar gaun lawa-lawa. seriously aku pun macam hampa. aku teringin nak tema warna pertunangan nanti gabungan warna pink dan purple. aku nak tema kahwin nanti warna hijau lumut keemasan. aku nak photoshoot kat padang golf dekat rumah aku. aku nak diarak dengan kereta kuda. aku nak macam2! dan aku harap, lelaki dalam impian aku itu adalah dia. dia. dia. hanya dia. amin.

aku bukan kapel untuk isi masa lapang. bukan jugak untuk habiskan kredit aku. dan semestinya bukan untuk tunjukkan pada semua yang aku jugak ada yang pandang. no. aku cuba untuk komited. aku yakin dia lelaki yang terbaik. bukan sahaja untuk aku tapi untuk sesiapa saja yang memilikinya. maka tidak wajarlah aku melepaskan seseorang yang aku yakini mampu membimbing aku, terima aku dan family aku seadanya. dan dengan dia, aku harap kami sama-sama dapat beriringan ke syurga. amin.

kami sama-sama melabur. kalau dia belanja aku nasi kandar, aku belanja dia KFC. kalau aku beli baju rm40 kat dia, dia pun beli baju yang sama harga kat aku. aku tak kisah kalau orang cakap, bila sekali dating, lelaki kena belanja semua. aku tak nak susahkan dia. aku takmau kalau Allah takdirkan hubungan kami setakat ni saja dan aku banyak habiskan duit dia. aku tak ada hak untuk habiskan duit dia. kami belum suami isteri yang sah. dia belum perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aku. tapi kalau nanti dah kawen pon tak mau bertanggungjawab, siapla. haha

aku simpan semua resit barangan yang aku beli untuk dia. aku nak semua tu sentiasa mengingatkan aku yang kami bukan sekadar berkorban masa tapi juga ringgit malaysia. maka hubungan ni perlu dijaga. jangan berani main mata dengan orang lain. jangan pernah berubah hati. jangan. sebab sama-sama suka, sama-sama saling melabur. haha


semoga dia satu untuk aku.


amin amin amin ya Rabbul Izzati.

Pertama Kali

assalamualaikum

tengah menunggu kedatangan amir dan his BIG family! pertama kali family kami akan berjumpa, apa agaknya akan terjadi?

ni agaknya perasaan bila menjengah alam dewasa!


btw, usia perhubungan dah menjengah 3 tahun pada 1 september lepas. lepas mengharungi susah payah, aku doakan semuanya berkekalan. kalau ada jodoh, ada la. tapi semoga dia untuk aku, amin.

Suasana Aidilfitri

assalamualaikum

amacam? kenyang tak makan? family aku, lepas semayang raya, terus start enjin kereta p rumah tok. dan disebabkan saiz badan makin membesar, aku ngan kakak aku pilih untuk merempit. maklumlah, ada orang tu teruja dapat bawak moto laju2! haha.

jom tengok gambar raya kami!