Friendly Friends

August 12, 2011

Untungnya ada abang!

assalamualaikum

hampa yang tak ada abang jangan jeles bila baca entri kali ni. dalam banyak2 tahun aku hidup dengan ada sorang abang, hari ni aku rasa paling seronok!

kenapa?

masa aku kecil, mak selalu cerita yang abang aku, Bampik, selalu cari pasal dengan aku. dan aku suka gigit lengan dia sebab dia jahat. takpun aku selalu conteng gambar dia. takpun aku selalu buang angin beskal dia.

ishk.

bila aku 6 tahun, aku, dia dan kakak aku, 3 beradik mula sepakat. main roda impian la, teka silangkata la, BINGO la, taik kambing la... macam2! paling glemer main orang batu. masa tu rasa sangat heaven ada kakak dan abang. nak apa2 sikit, mesti depa bagi. 

tiapkali balik rumah tok, kami dan sepupu sepapat mesti p Gua Kelam. aku akan bonceng beskal abang aku. dia suka menyanyi pastu suruh aku jadi background singer. kalau aku takmau, dia ugut nak tinggal aku dalam hutan getah. jahat. 

bila dah besar sikit, dia dapat offer masuk UIA. jumpa piun jarang-jarang sekali sebab aku masuk SMSAH. pastu bila habis belajar, dia jadi Pegawai Pemantau Harga kat Kangar. masa tu aku pekena habis. nak pi mana-mana dia kena bawak. nak makan apa pun habaq ja. petang tu mesti dapat. haha. seronok kan ada abang!

setahun kemudian, dia dapat offer jadi wartawan Utusan Malaysia. pastu sekarang bertugas kat Terengganu pulak. tapi sifat yang tak boleh kikis, kedekut nak beli barang. sampaikan birthday kami pun dia bagi barang percuma yang dia dapat masa pergi majlis untuk buat liputan ja. sobsobsob

tapi tadi, aku chat dengan dia. aku cakap, nak beli kereta atau moto. dia cakap, lepas dia kawen hujung tahun ni, bolehla dia support (wajibla. gaji beribu nak hulur kat sapa lagi. haha). aku seronok. dia cakap, kalau balik rumah selalu, dia kira halal. kalau jarang balik rumah, kena bayar balik!

takpe. aku balik rumah tiapkali hujung minggu ha! haha. lagipun aku aim kereta kecil je. takut diri sendiri tak nampak depan sebab rendah. sobsobsob. dont worry bro. esok jugak aku daftar lesen kereta!

hoorrrayy!

sebelum hujung 2012, i'll have my own car!

insyaALLAH

aku kan abang.. haha


kan aku cakap yang dia suka menyanyi. haha. muka tak tahan...!!! haha
sori. taken. bulan duablas ni aku dapat kakak ipar sulung. haha. kak shida baik woo!

1 comment:

Miss S.F.S said...

aku tak dak abang, ni yang sedeh ni :(