Friendly Friends

August 23, 2011

Serbuan Jawi

assalamualaikum kelas!

waalaikumussalam warah matullahi wabarakatuh cikgu!*intonasi lanjut style budak sekolah rendah.*

ok. semua boleh duduk

terima kasih cikgu!

cikgu nak, semua keluarkan alat tulis masing-masing. simpan semua buku teks dan cikgu akan edarkan kertas soalan kamu semua.

*senyap*

semua dah dapat kertas ke? jom semak sama-sama dengan cikgu kot-kot ada muka surat yang tertinggal. semua ada tak muka surat 1 sampai 11?

ada cikgu!

bagus. peringatan dari cikgu, cikgu tak nak kamu pusing kiri kanan depan belakang tengok kawan, cikgu tak nak ada sebarang interaksi langsung dengan kawan-kawan. kalau ada masalah, tak faham apa ke, jumpa cikgu di depan ok!

ok cikgu!

boleh mula menjawab sekarang. baca doa dulu.


cikgu Shaqirah sedang menunggu masa untuk menjaga peperiksaan kelas 1 Kamil untuk subjek Pendidikan Seni. dialog semalam ni berlaku di kelas 4 Kamil masa cikgu jaga kertas Pendidikan Islam. sedihnya bila masa berjalan-jalan tu, terkesan ramai murid yang tak dapat menjawab sebab tak faham jawi. orang suruh translate dari jawi ke rumi, macam-macam jadinya. orang cakap tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad, dia tulis ke liang huda. apakah?? orang cakap mengapa amir pulang awal? dia tulis mengapa amirah pulang awal? lagi teruk bila sorang ni tak reti langsung agaknya. ada 5 soalan semua. dia tak reti nak translate. so jawapan dia: 

1. ilmu pelita hidup*tulisan jawi*
jawapan: saya suka main bola *tulisan rumi*

2. mengapa amir pulang awal?*tulisan jawi*
jawapan: hari-hari saya main bola

*sigh.. kalau depa tak reti baca jawi, kemungkinan untuk tak reti baca al-Quran juga amat tinggi.. sigh again*





cikgu ke sekolah naik moto paling buruk yang ada kat rumah. ala.. tau.. abah sengaja suruh bawak moto tu sebab moto tu tak boleh pecut laju2.. mula-mula pakai slipper. bubuh heels dalam raga moto. sampai sekolah tukar pakai heels. haha. oh, menyesal pakai nametag awal-awal dari rumah sebab asal selisih dengan pakcik-pakcik kat bendang, semua cakap, assalamualaikum cikgu! awal p sekolah? haha



 banyaknya keja cuti ni..


1 comment:

farrah hayati said...

bile dh tlibat dgn skol neyh byk kan kite le nmpak...kkdg ase cian sgt dgn bdk2..kkdg jd xtau gane nk tlg dowg...