Friendly Friends

August 3, 2011

Nostalgia Berbuka

assalamualaikum

teringat kat mak abah. dulu masa kecik, suka ikut mak beli kuih. aku suka makan qasidah dengan kuih pelita. pastu aku suka air soya. aku suka murtabak, aku suka ayam percik, laksa, mi rebus, gulei batang pisang, keli bakar, ikan bakar, kueteow goreng, bihun sup, nasi kandar, KFC. 
kesimpulannya, selera aku tetap sama dalam setahun. haha

masa petang-petang, semua gadis dan wanita diwajibkan turun ke dapur untuk memulakan tugas memasak. kaum adam bersenang lenang tengok Jejak Rasul kat TV3. pastu selalu pulak demand nak makan macam-macam. haha. kadang-kadang aku lari jugak dari dapur ke ruang tamu, tapi abah selalu halau masuk dapur balik. 

sobsobsob.

aku paling hyper time dekat nak azan. aku duduk dekat dengan lauk yang paling aku suka dan kalau ada ayam, aku dah aim nak ambil yang mana dulu kejap lagi. kalau yang aku kurang gemar, aku tolak tepi siap-siap. haha. 


rindu.

No comments: